Berlatih Tamak
Posted on August 22nd, 2009 in Agama, Motivasi
Tamak selalu diletakkan di dalam keadaan yang keji. Biasanya bila kita menyebut kata-kata tamak kita akan membayangkan betapa pentingkan diri orang yang dikatakan tamak itu. Betapa bersungguhnya orang tamak itu untuk meraih apa yang diingininya untuk dirinya sendiri. Selagi boleh dia kaut selagi itu dia tidak akan berhenti. Itulah presepsi yang ada di minda kita bila menyebut kata tamak. Namun adakah ia sentiasa merupakan suatu yang jelek?
Melihat keadaan ramadhan dan segala peluang-peluang yang terbuka luas di dalamnya. Ada sebuah kesimpulan yang sangat menarik yang baru disedari. Ternyata ramadhan sesungguhnya mengajak umat Islam menjadi seorang yang tamak. Orang tamak biasanya ingin mendapatkan sesuatu yang begitu berharga dengan cara yang paling mudah, tenaga yang dikeluarkan sedikit dan dapat dinikmati dengan selesa.
Ramadhan hadir dengan seribu satu ruang dan peluang untuk umat Islam menjadi tamak. Terbanyangkah kita betapa ruang kebaikan terbuka sebagaimana terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya ruang keburukkan sebagaimana tertutupnya pintu-pintu neraka? Ramadhan melumpuhkan diri manusia dari cergas membuat dosa lalu menyemangatkan manusia untuk gegas mencari pahala. Segala amalan digandakan berkali-kali lipat. Ya, berkali-kali lipat. Padahal tenaga yang dikeluarkan untuk sesuatu amalan sama dengan hari-hari dibukan ramadhan tapi ganjarannya berbeza. Di Ramadhan berlipat kali ganda. Bezanya kita cuma hanya perlu mengikhlaskan diri lalu menahan diri dari makan, minum dan segala yang dilarang dari terbit matahari hingga terbenarmnya mentari. Ya, semudah itu.
Kalau kita sering melihat bagaimana manusia tamak bersusah payah merebut harta lalu sanggup melalui segala yang perlu dilalui maka seharusnya kita melihat ramadhan dari sisi yang sama. Kalaulah kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri ganjaran yang telah dilipangandakan itu sudah pasti kita akan serta merta menjadi tamak untuk meraihnya. Malangnya kita tidak nampak dan ditidak nampak itulah ujiannya.
Sifat tamak ini terus dipupuk dan disemai sepanjang ramadhan apatah lagi pada 10 hari terakhir. Manakan tidak, Allah SWT berfirman, “Malam yang lebih baik dari seribu bulan..” Kata-kata lebih baik disini tidak diletakkan batas. Seribu satu adalah lebih baik dari seribu. Sepuluh ribu juga adalah lebih baik dari seribu. Sejuta juga adalah lebih baik dari seribu. Maknanya kadar lebih baik dari seribu bulan itu ternyata merupakan rahsia Allah yang hanya Allah mengetahuinya. Mereka yang tamak pasti akan semakin gigih mencarinya kerana 1000 bulan sahaja sudah cukup dahsyat apatah lagi yang lebih baik dari 1000 bulan.
Kadang-kadang bila kita melihat tamak yang digambarkan secara negetif, seseorang membunuh saudara kandungnya demi membolot keseluruhan harta warisan. Padahal yang dibunuh itu adalah adik yang mana telah mereka kongsi memori indah bersama. Hanya kerana tamak dia sanggup melakukan demikian.
Begitu juga tamak kepada pahala. Ketamakkan kita kepada pahala dan keredhaan Allah seharusnya mampu membuatkan kita menolak segala ajakan dan bisikian yang sedapnya seketika. Ketamakkan kita seharusnya berjaya membuatkan kita mementingkan urusan ibadah kita kerana kegilaan dan ketamakkan yang meluap akan ganjaran itu tidak mampu menahan diri kita dari mensia-siakan peluang yang ada. Begitulah seharusnya sikap tamak yang perlu kita didik selama ramadhan disisi kita.
Sering kali kita mendengar ungkapan ‘pendidikan ramadhan’ dan yang seumpama itu. Namun, setiap tahun ramadhan datang dan pergi tetap saja tidak meninggalkan apa-apa kesan yang membekas pada diri kita. Alangkah baiknya jika ramadhan kali ini kita letakkan satu sahaja target yang hendak kita capai. Letakkan target yang berbunyi, “Aku ingin menjadi orang paling tamak akan pahala dan ampunan Allah” Ya, target kita menjadi orang paling tamak.
Tamak ini penting untuk kita pupuk di bulan ramadhan yang pahala dan ampunan mudah kita dapatkan. Seandainya tamak ini nanti setelah berakhirnya ramadhan membekas pada diri kita. Kita akan susah untuk meninggalkan sekecil apa pun ruang yang memberikan kita pahala dan ampunan. Ketamakkan telah meracuni jiwa dan minda kita. Walaupun ganjaran solat jemaah pada hari-hari setelah ramadhan tidak sebanyak ganjaran solat jemaah pada bulan ramadhan namun kita risau kehilangan ganjaran yang tidak berapa banyak itu kerana diri kita telah dikuasai oleh sifat tamak ini. Maka dengan ini marilah sama-sama kita jadikan ramadhan kali ini latihan menjadikan diri kita paling tamak akan pahala dan ampunan Allah. Ya Allah penuhkanlah hati kami akan tamak terhadap pahala dan ampunanMu ya Allah..



Leave a Comment