Berita Duka

Posted on April 19th, 2007 in Uncategorized

 

Telah pulang ke rahmatullah, ustaz kita Muhammad Lapang pada 17 April 2007 kerana masalah ginjal di Hospital Fatmawati tepat pukul 21:58. Beliau merupakan Alumni Pondok Modern Darussalam tahun 1997 dan telah mengabdi di Gontor. Beliau turut menjadi Bapak kepada kami para pelajar yang memasuki Gontor pada tahun 1998 dimana saya merupakan seorang dari anak muridnya. Beliau sangat aktif mengajar dan berkreativiti. Merupakan salah seorang wartawan Majalah Gontor. Semoga amal kebaikan beliau diterima disisi Allah SWT dan segala kesalahan diampunkanNya. Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepadanya. Solat Ghaib jama’i akan dilaksanakan pada hari ini (19/4/2007) di Pejabat Ikatan Keluarga Pondok Modern Darussalam Cawangan Kaherah selepas solat maghrib. Semua dijemput hadir.

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Share