Berhenti mengeluh dan bertindaklah !!!

Posted on August 13th, 2007 in Uncategorized

“Betul kak, saya pun rasakan juga setelah pemergian abang A dan akak B, pertemuan kita ni jadi hambar !” adu seorang gadis yang duduk di meja sebelah sambil membuka hidangan fastfood yang baru sahaja dibeli. Aku tertarik untuk terus menguping pembicaraan mereka sehingga aku berjaya menangkap permasalahan yang mereka hadapi.

Â

“Boleh saya tumpang meja kalian?” Ucapku hormat. “Saya Attaqy, pelajar Fakulti Bahasa Arab. Sebenarnya saya mendengar perbincangan kalian, boleh saya berkongsi pendapat?” Aku memperkenalkan diri dan menawarkan perbincangan.

Â

Mereka terus mengangguk tanpa suara. Mungkin mereka masih terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang meminta untuk duduk semeja bersama mereka. Suatu yang tidak biasa dilakukan di kawasan ini.

Â

Tanpa menunggu lama, aku terus mulakan bicara. Aku berusaha mengajak mereka untuk melihat sisi lain dari pertemuan mereka ini. Pertemuan yang mereka maksud adalah pertemuan yang sebahagian kelompok menamakannya dengan usrah, jilsah, liqa’ dan sebagainya.

Â

“Setakat ini apa berbezaan yang kamu rasakan dalam pertemuan ini dengan pertemuan-pertemuan yang lain?” Tanyaku mencari titik pemikiran mereka. Mereka saling bertatap mata dan kemudian seperti dikomando mengalihkan pandangan ke arahku. “Emm, perbincangan yang disampaikan oleh para naqib memang sangat menarik, tepat dan semasa. Tapi saat ini lesu tak bermaya. Semuanya miliki tahap keilmuan lebih kurang sama saja dengan kita.” Jawap salah seorang dari mereka ngasal. “Pertemua-pertemuan yang lain, entahlah.” Jawab seorang lagi kebingungan.

Â

“Tidakkah diberi tahu mengapa perlu hadir ke usrah? Apa fungsi usrah? Bagaimana menyikapi keadaan di dalam usrah?” tanyaku menyelidik. Mereka tiba-tiba seperti tersentak dan kemudian menunduk. Aku hampir salah tingkah. “Saya tak berniat untuk mengelirukan kalian. Apa yang saya ingin sampaikan adalah kita melihat biarlah dari pangkalnya.” Aku berusaha melunakkan kembali suasana.

Â

Seorang pemain bola yang baik akan selalu berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk kumpulannya. Menyatukan langkah dan strategi untuk satu tujuan. Kehebatan individu tidak ditonjolkan tetapi kerjasama kumpulan yang diketengahkan. Si penjaga gol selalu berada dibelakang mempertahankan gawang tanpa berasa iri dengan sang penyerang di hadapan. Kesatuan seluruh organ dalam menyumbang usaha terbaik menghasilkan permainan spektakuler yang memukau. Bukan hanya kemenangan yang diraih tapi kepuasan memBERI, persembahan cemerlang dan keseronokkan bersama.

Â

Jika seorang individu dalam sebuah pertemuan hanya ingin menjadi penonton di luar

padang, lalu memuji atau mencaci sang pemain yang berusaha sedaya upaya maka dia tidak akan memperoleh apa-apa dari pertandingan itu. Namun jika dia masuk dan turut menyumbang, maka dia berperan menjadikan pertandingan itu lebih menarik.

Â

Pertemuan bukan tempat kita sekadar menerima dan menjadi penonton setia. Berhentilah mengeluh akan kehambaran sebuah pertemuan yang anda hadiri. Tanyalah diri anda, apakah sumbangan yang telah anda berikan hanya untuk sekadar memberi rasa pada makanan yang hambar ini.

Â

“Terima kasih abang, kami memang sudah terbiasa disuap. Tidak heranlah mengapa kami berfikiran begini. Saya tidak akan menunggu orang lain untuk memberi perisa pada pertemuan itu lagi, tapi saya sendiri akan hadir dengan perisa yang baru. Sayalah yang akan mewarnai pertemuan itu.” Ucap mereka bersungguh-sungguh.

Â

“Berhenti mengeluh dan bertindaklah !” ucapku sambil tersenyum.

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Jul    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives