Bahasa Arab, Pentingkah?

Posted on March 14th, 2007 in Uncategorized

“Kenapa anta pilih fakulti bahasa arab? Penting ke? Perlu ke kita pada abad ke 21 ni untuk masih mengkaji sastera arab jahiliyyah 1400 tahun yang lalu? Ana rasa dah tak relevan lagi menjadi pakar bahasa terutama bahasa Arab pada zaman kini!!! Bahasa Arab tu cukuplah sekadar tahu, boleh communicate dahlah. Tak payahlah susah payah membuang masa dan usia menyelami bidang ni. Tengok umat Islam yang ada di nusantara ni mereka boleh je jadi muslim yang baik walaupun tak paham bahasa arab. Konon bahasa arab untuk memahami agama. Orang arab yang datang ke Malaysia pun pakai bikini di kolam renang.”

Seribu satu macam lagi respon yang orang berikan jika mendengar kami memilih bidang yang satu ini. Anehnya tidak sedikit yang lebih condong kepada tanggapan buruk dari yang sebaliknya. Bagi masyarakat kita mereka merasa puas menerima Islam dengan bahasa ibunda mereka. Alangkah sedih ketika dilaporkan bahwa banyak sekolah-sekolah agama tidak lagi menyokong perkembangan bahasa arab bahkan tidak sedikit sekolah-sekolah yang berputus asa terhadapnya. Ibu bapa pula berpendapat mempelajari bahasa arab hanya akan menambah beban anak-anak mereka sedang bahasa arab itu sendiri tidak membawa anak-anak mereka kemana.

Kita mungkin lupa perjuangan ulama-ulama kita yang bersusah payah menghadirkan Islam dalam hidangan bahasa ibunda. Sedang kita saat ini sedang menikmati hidangan tersebut dengan selesa tanpa sedikit pun teringin untuk mengikuti jejak langkah mereka. Salahkah mereka yang pada awalnya menghadirkan Islam dalam bahasa ibunda sedangkan mereka sepatutnya mengajarkan bahasa arab bersama-sama Islam sebagai hidangan 2 in 1?

BAHASA, MANUSIA DAN AGAMA
Manusia dan bahasa memang tidak dapat dipisahkan. Setiap kelompok manusia memiliki bahasa mereka sendiri. Beza warna kulit dan tempat tinggal juga akan membezakan bahasa atau paling tidak logatnya. Jutaan bahasa yang berbeza di atas muka bumi ini seperti mana berbezanya kelompok manusia. Mungkin tidak hanya manusia yang bisa berbahasa. Barangkali haiwan-haiwan juga serupa. Mereka berinteraksi dengan bahasa mereka tanpa kita menyedarinya. Lalu mengapakah Al-Quran tetap diturunkan dalam satu bahasa? Dan ibadah kita masih saja menggunakan bahasanya (Al-Qur’an).

“Mengapa Allah SWT memilih bahasa arab sebagai bahasa Al-Qur’an dan sebagai bahasa Rasmi agama Islam? Mengapa bukan Melayu atau Inggris?” Soalan seperti ini adalah sangat merbahaya kerana ianya mengandung unsur kepercayaan di situ. Namun jawapannya harusnya jelas, kerana ianya isu yang penting dan bahaya. Allah SWT memilih bahasa Arab adalah sebuah kehendak dan kuasa mutlak yang seharusnya tidak perlu kita persoalkan. Sama persoalannya ketika dilihat dari sudut lain seperti mengapa kita dilahirkan sebagai seorang melayu pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Sungguh semua itu adalah hak mutlak Allah SWT sebagai pencipta. Layakkah kita mempersoalkannya? Demikian juga keadaannya ketika mereka memilih untuk memusuhi Jibril yang menurut mereka telah salah menurunkan wahyu kepada seorang Muhammad Bin Abdullah yang merupakan seorang arab yang mana seharusnya menurut mereka wahyu tersebut harusnya diturunkan kepada seseorang dari golongan mereka (bani Israel).

Namun, perlu kita sadari bahwa Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang Allah SWT turunkan kepada kita sebagai pedoman selagimana bumi ini wujud. Rasulullah SAW ketika berwasiat menyebutkan Al-Quran dan Hadistnya merupakan sumber agama yang dengannya kita akan selamat. Untuk memahami Al-Quran yang relevan sepanjang masa haruslah difahami dengan dan dalam konteks seperti mana ia di turunkan, dalam kata lain kita hendaklah berusaha memahami Al-Qur’an sepertimana ia diturunkan dan bukan dengan sesuka hati mengertikannya sesuai dengan kemahuan kita. Maka disinilah peran penguasaan bahasa dan tazawwuqul luqhawi terlihat jelas agar selamat memahami Al-Quran sesuai dengan kehendakNya.
Maha Suci Allah yang menjadikan Al-Quran sebuah mukjizat yang kekal abadi. Ilmu di dalamnya tidak pernah habis dikaji. Lantunan amat menyejukkan hati. Membacanya menenangkan diri.

Masih inginku selami, mencari mutiara sebagai bukti, bahwa bahasa ini sangat perlu dikuasai. Allahul Musta’an

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives