Bahasa Arab Bagai Harta Mewah Kehilangan Tuan

Posted on May 6th, 2009 in Bahasa dan Sastera, Uncategorized

“Aku bingung melihat kamu. Kenapa kamu mahu mengambil jurusan Bahasa Arab dan tidak mengambil jurusan pengajian Islam yang lain?” Sarah seorang gadis Mesir melontarkan soalan kepadaku.

Soalan sebegini bukanlah asing bagiku selaku seorang pelajar Fakulti Bahasa Arab. Bahkan, aku sendiri sering mempertanyakan hal yang sama kepada diriku. Ada apa dengan Bahasa Arab sehingga aku berani menceburinya? Ketika aku mengisi borang permohonan universiti aku adalah orang yang belum mengenal sikap positif begin with the end in mind. Jadi aku bukanlah orang yang berfikir, aku akan jadi apa setelah lulus dari fakulti ini. Maka, adalah rumit untuk aku jawap pertanyaan yang bermula dari mengapa mengenai hal kuliah ini.

Seperti kata Sarah, fakulti yang aku tempati hingga hari ini tidak terlalu banyak memberi perhatian kepada matapelajaran Islam. Kami hanya mempelajari tafsir, hadis dan fiqih dalam 2 semester dari 8 semester yang perlu kami tempuh selama empat tahun. Atau dengan kata lain kami hanya mengambil 6 kertas peperiksaan matapelajaran agama dari 48 matapelajaran secara keseluruhan selama empat tahun. Jumlah yang sangat sedikit.

“Aku mengambil bidang Bahasa Arab ini bukan untuk jadi sasterawan. Bagi aku, lulus dari fakulti ini hanyalah merupakan sebuah permulaan bagi pengembaraan aku yang sebenar di dalam lautan luas Al-Quran dan Hadis.” Aku memberi gambaran secara rambang.

“Tapi, bukankah sudah cukup bekal bahasa Arabmu untuk secara langsung mempelajari Islam?” Sarah masih belum berpuas hati. Baginya mungkin agak sia-sia mempelajari segala jenis matapelajaran lain dalam fakulti Bahasa Arab. Bagaimana tidak, seorang pelajar fakulti Bahasa Arab perlu mempelajari beberapa subjek sastera dan kesusasteraan. Belum lagi subjek-subjek tambahan dalam cabang-cabang ilmu bahasa. Lebih menghairankan lagi bagi Sarah, mengapa orang Malaysia pula yang sibuk gigih mempelajari Bahasa Arab walhal, orang Arab sendiri tidak endah dengan Bahasa mereka ini.

“Jika para ulama’ mufassirin dan muhaddisin meletakkan malakah wa tsaqafah allughah al-’arabiyyah sebagai asas paling utama dalam memahami Al-Quran dan Hadis yang diibarat sebagai kunci yang wajib dimiliki, maka aku lebih berminat membuat lebih banyak kunci dan menyerahkannya kepada lebih ramai orang sehingga semakin banyak mufassirin dan muhaddisin yang lahir kesan dari kunci agung ini.”

Sarah akhirnya mula memahami alasan mengapa aku menjadikan Bahasa Arab sebagai lahan perjuanganku. Mengambil mutiara dan berlian dari Al-Quran dan Sunnah lalu memberikannya kepada masyarakat sangat penting. Namun, mengajarkan masyarakat cara dan kaedah untuk mengambil sendiri mutiara-mutiara dan berlian-berlian di dalam Al-Quran dan Sunnah adalah jauh lebih penting.

Matlamat dan objektif inilah yang membezakan. Maka, kelulusanku (insyaAllah) pada tahun ini akan hanya menjadi sebuah permulaan kepada satu pengembaraan yang lebih besar dan lebih tersusun dalam mengharungi lautan Al-Quran dan As-Sunnah.

Ramai graduan yang mampu berbahasa Arab, memahami kitab Arab akan tetapi gagal meramaikan lagi mereka yang mampu berbahasa Arab. Inilah yang menjadi kelemahan kita. Seandainya hal ini berterusan maka akibatnya akan sangat-sangat merbahaya.

Islam perlu sentiasa berubah dengan perubahan zaman. Berubah dalam bentuk interpretasi tetapi kekal dalam bentuk kerangka. Seperti berubahnya cara dan style pakaian muslim dan muslimah sesuai dengan zaman namun kekal dalam batasan aurat yang selama-lamanya tidak akan berubah.

Memisahkan Al-Quran dan As-Sunnah dari masyarakat akan menjadikan umat Islam jumud dan tidak relevan, kerana perubahan zaman tidak diiringi dengan perubahan-perubahan lain akibat terpisahnya masyarakat dengan sumber asli iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang menyedihkan adalah kita perlu mengakui bahawa usaha memisahkan Al-Quran dan As-Sunnah dari umat Islam semakin berjaya.

Timbul pertanyaan, adakah kerana lemahnya Bahasa Arab itu sendiri yang dianggap sudah tidak relevan sehingga terpaksa diganti dengan bahasa lain?

Pertanyaan sebegini muncul ekoran keadaan masyarakat Arab khususnya dan masyarakat Islam umumnya yang semakin tidak berminat lagi dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa asing yang diarabkan semakin banyak seakan-akan bahasa Arab miskin dan kekurangan kosa kata. Lebih menyayat hati apabila, bahasa yang agung ini cuba dirosakkan dengan menghancurkan zauq dan malakah yang seharusnya dimiliki oleh masing-masing muslim bagi membolehkannya memahami Al-Quran dan As-Sunnah. Nahu dan sarafnya dirojakkan sehingga tidak lagi memiliki keistimewaan sebagai bahasa Arab yang kukuh dan kuat.

Allah SWT ketika menurunkan Taurat dan Injil kepada Nabi Musa dan Isa AS. Allah SWT turut memerintahkan agar mereka (Kaum Nabi Musa dan Isa AS) untuk menjaga kitab Taurat dan Injil dari kerosakkan. Malangnya mereka malah menghancurkan kitab-kitab tersebut dengan tangan mereka sendiri. Lalu Allah SWT menurutkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Berbeza dengan kitab yang sebelumnya, Al-Quran memiliki jangka hayat yang kekal hingga ke penghujung usia bumi. Maka, Allah SWT memutuskan untuk memelihara sendiri Al-Quran dari kerosakkan. Ertinya, Al-Quran sehingga bila-bila tidak pernah akan rosak dan hancur kerana jaminan pemeliharaannya telah ditanggung oleh Allah SWT sendiri. Bahasa Arab yang menjadi bahasa Al-Quran turut mendapatkan kesan yang serupa. Selagi mana Al-Quran terjaga maka bahasanya juga akan terjaga. Apa sahaja bentuk usaha untuk menghancurkan bahasa Arab tidak akan berjaya sepertimana gagalnya usaha menghancurkan Al-Quran.

Jika Al-Quran dan Bahasa Arab tidak dapat dirosakkan maka perlu merosakkan hal yang dapat dirosakkan!

Apa yang dapat dirosakkan?

Perkara yang paling mudah dirosakkan adalah si pengguna dan pemanfaat  bahasa. Usaha perosakkan berpaling setelah gagal merosakkan bahasa Arab dan Al-Quran mereka kini berusaha untuk merosakkan pengguna bahasa Arab iaitu bangsa Arab dan umat Islam.

Lahirlah bangsa Arab yang berdarah Arab namun hilang kefasihan Arabnya. Muslim yang sentiasa solat dan tilawah Al-Quran dengan fasih dan lancar namun sedikit pun tidak tahu apa yang dibacanya. Jiwa kebahasaan bangsa Arab dikucar-kacirkan dengan bahasa-bahasa lain. Di bantu dengan elemen budaya dan cara hidup. Bangsa Arab dan umat Islam secara keseluruhannya telah meninggalkan bahasa mereka yang hebat.

“Wah, hebat sungguh motor yang ditunggang orang itu!” Seorang pemuda memuji kenderaan orang asing.

“Alah! Itu tak sehebat kereta canggih yang kita miliki. Kereta kita itu jauh lebih mewah dan laju dari motor orang itu!” Bangga si tua yang sedang menaiki kereta keldai.

Kemana pergi kereta canggih yang dibanggakan itu? Ternyata tersimpan di musium bernama Al-Quran. Indah terukir namun tak terjamah. Tak terpercik kehebatannya kepada si punya kereta itu. Tidak menambahkan kelajuan bergerak bagi pemilik kereta itu. Tidak menguntungkan apa-apa. Kerana keagungan dan kemewahan itu telah hilang TUANnya.

Menyedari hal ini kita perlu mengubah sikap kita terhadap bahasa Arab. Allah SWT tidak pernah akan zalim terhadap kita. Bahkan Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang selama-lamanya telah menjamin penjagaan terhadap Al-Quran dan Bahasa Arab. Persoalannya, adakah kita tidak menzalimi diri kita dengan tidak mengendahkan akan kepentingan bahasa Arab itu sendiri.

Ia adalah sebuah kezaliman yang nyata. Jika manusia hari ini bertungkus-lumus berusaha segigih mungkin hanya demi menguasai bahasa Inggris yang mungkin bakal menjanjikan kebahagiaan materi duniawi maka adakah tidak berbaloi jika kita turut bertungkus-lumus berusaha jauh lebih gigih demi untuk menguasai bahasa Arab yang bukan hanya pasti menjanjikan kebahagiaan hakiki abadi di akhirat nanti, namun juga menjanjikan kejayaan materi selama di dunia.

Published by taqeyyabella

4 Responses to “Bahasa Arab Bagai Harta Mewah Kehilangan Tuan”

  1. bahasha Says:

    sememengnya sukar melayani trend pemikiran masyarakat dunia yang lazimnya hanya belajar untuk menjadi sesuatu. Seakan-akan hanya jalur itu yang membawa ia ke 1 hujung jalur. Paradigma kreatif tiada lagi, lupa akan ilmu itu dasyat, 1 ujung ilmu pecahanannya samapi beribu. Orang-orang hebat kini menurut perkiraan ku adalah orang terbuka mindanya, belajar perubatan bukan sekadar menjadi doktor. jurusan agama bukannya jadi ust dsbg. ilmu hanyalah ilmu, aplikasinya, kreativiti mengolahnya, sudut pandangnya, manipulasinya terletak kepada individu itu sendiri. Ini lah kemiskinan yang ada pada pelajar kita. 1 jalan lurus yang tidak bercabang, sekiranya sampai di tengah jalan terus buntu kerana mindanya tidak bersedia. Buntu kerana konsep ilmu itu sendiri jauh dari pemahamannya. Menimba ilmu pun separuh hati, di fikirannya hanyalah kerja untuk membina kehidupan. kerna itu umat islam seperti hidup dalam dunia nya sendiri, mudah di pijak dan di buli. cabang ilmu itu di cantas. tinggal segelintir ilmuwan yang masih konsisten memperindah ilmu itu. Universiti seolah medan menggarap ilmu terakhir, padahal berakhirnya U hanya lah permulaan medan ilmu yang sebenar. Sekolah agama di tanah air yang dulunya menggunakan bhs arab sebagai perantara kini di tukar atas alasan pencapaian anak merosot. Unsur materialistik sgt menebal, pencapaian on paper jarus cemerlang, tkaut reputasi tak baik dan ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah mereka lagi. isunya bukan lagi ilmu dan tarbiah. mahasiswa belajar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik bukan untuk menjadi seorang yang bermanfaat kepada agama. lupa pada barakah dan rahmat Allah kepada yang belajar dan mengajar dengan ikhlas. lupa Allah menjamin rezeki. lupa ada faktor lain yang lebih berkuasa di dalam hidup ini. bukan sekadar yang kita lihat, kita rasa, kita fikir. Allahu a’lam

  2. fateenfalah Says:

    Ramai graduan yang mampu berbahasa Arab, memahami kitab Arab akan tetapi gagal meramaikan lagi mereka yang mampu berbahasa Arab. Inilah yang menjadi kelemahan kita. Seandainya hal ini berterusan maka akibatnya akan sangat-sangat merbahaya.

    Yang lebih malang, lebih ramai graduan yang gagal daripada yang ramai menguasai bahasa Arab, jadi bagaimana nak menyalurkan kemahiran berbahasa kepada orang awam..iktibar,harap tidak terlalu lewat utk islah diri sendiri.

    InshaAllah saya sangat serius untuk bekerjasama meramaikan lagi mereka yang mampu berbahasa Arab, di Malaysia atau di mana pun. Dan atas sebab itulah saya cekalkan juga hati yang kadang kala goyah dan perasaan yang mula mual menghadap Sastera, sastera dan sastera Arab yang saya rasa menjauhkan saya dengan objektif sebenar pada asalnya mengambil jurusan Bahasa Arab.

    Selalu membandingkan kenapa Bahasa Inggeris lebih mudah diperolehi melalui pergaulan harian dengan penutur2 aslinya, sebabnya mereka menggunakan bahasa standard, kalau beza pun hanya dari segi dialek, jauh berbeza daripada bahasa Arab pasar yang terlalu jauh dengan fushahnya dicampur nahu sorof yang berseni itu hancur dipunah ranahkan.buktinya, ana ayez alam ramah dituturkan si Arab mesir, jauh dengan darijah Morocco ana bghitt stilo–caca M.A.R.B.A!! Ana awaddu qolam!!!
    susah susah susah.

    Lalu apa yang paling bisa kita lakukan, supaya Bahasa Arab yang kita peroleh ini benar-benar tinggi kualitinya..agar hasilnya dapat dinikmati oleh masyarakat Malaysia yang semakin jauh dengan Al-Quran kerana tidak dapat menghayati sendiri keindahan bahasa Kalam Tuhan? Lagi, bagaimana yang paling boleh kita laksanakan, dalam kekalutan Bahasa Arab yang semakin tidak ‘bertuan’, kita masih boleh mengaut mutiara-mutiara agung dalam Bahasa Arab yang masih bersisa? Apakah Bahasa Arab hanya utk org Arab shj, mereka hanya tahu selok belok bahasa, tapi ‘lucu’ untuk mengamalkannya seterusnya menyusahkan si buta,pekak dan bisu Bahasa Arab ini untuk ‘merawat’ kecacatannya.

    -mahasiswa mahasiswi Malaysia dalam jurusan bahasa Arab sudah perlu mula memikirkan ‘approach’ terbaik agar Bahasa Arab boleh dikuasai seluruh lapisan masyarakat.. approach yang lebih warna-warni dan tidak membosankan.

    nota tambahan: teringat bila ditanya seorang mahasiswa Syariah Mesir -ambil course apa? -Bahasa Arab,InsyaAllah -Hmm..harap2 satu hari nanti ‘enti’ boleh ambil kos yang lebih menyumbang untuk ummah.  

    -_-

    APAKAH?

    ps: Komen berunsur emosi. Tidak digalakkan untuk approve:D cukup sekadar baca, dan respon kalau perlu.

    Wallahu a3lam.

  3. telaga Says:

    kebetulan sdg lemah semangat.alhamdulillah,terbaca entri ni..sgt menggugah semangat.ana calon pljr lughah di msr.pernah seorang berkata,kos lughah apa sumbangannya untuk islam…kalau boleh tulislah tntg penrngn pmbelajaran kos lughah di mesir.terima kasih banyak.

  4. sherenz Says:

    Salam
    Usaha yang sangat ditunggu2 dik..malah kalau ada method yang boleh diaplikasikan bagi memudahkan pemahaman amat dialu2kan..pengalaman belajar bahasa arab di kelas dewasa menimbulkan kekesalan…(kenapa tak belajar dulu2 lagi…) daya ingatan dan pemikiran yg tajam amat perlu dalam mempelajari bahasa ini…
    Sangat dikhuatirkan..terjemahan kitab2 banyak dalam bahasa inggeris..Ulama agung tidak menulis buku dalam bahasa inggeris..(kebanyakannya dalam arabic) Orientalis yg memusuhi islam..bila2 masa aje bleh merosakkan akidah n kefahaman dengan penerbitan dan penguasaan bahasa Inggeris…Mentaliti kita pulak bila ada bahasa yang lebih mudah difahami..kita akan lebih memilih yang mudah..hem…untuk difikirkan bersama…wallahualam.

Leave a Comment

adv3
Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • ME IN FACEBOOK

  • Sapaan Mesra

  • Archives