Azam Tahun Baru

Posted on January 11th, 2007 in Uncategorized

“Abang… Abang…” aku terdengar suara seorang gadis kecil yang comel mamanggilku, langkahku yang sejak tadinya perlahan kuhentikan menanti kehadiran si comel yang berlari tetapi tetap saja membuatku menunggu. Ada sesuatu yang ingin dia tanyakan padaku, aku membacanya dari raut mukanya. “Abang, selamat tahun baru! Tahun ini aku berazam untuk dapat melangkahkan kaki kesekolah seperti gadis-gadis lain, aku juga ingin….” celoteh si gadis kecil tiada hentinya. Dia terus sahaja mengatakan apa yang ada dibenaknya padaku, ini hal yang sangat membahagiankan bagi si gadis kecil anak si penjaga pintu yang dipanggil bawwab oleh penduduk sekitar. Kehidupan keluarga si penjaga pintu tidak jauh berbeza dengan hamba-hamba yang sering kita lihat dilayar kaca hitam putih puluhan tahun yang lalu. Dapat berbicara seenaknya kepada orang seperti aku adalah layanan yang istimewa bagi mereka. “Abang… Oh… Abang… apa azam abang tahun ini?” Aku agak terkejut dengan soalan ini. Memang tahun baru bukanlah hal yang baru bagiku, aku telah mengalaminya paling tidak 20 kali. Aku merenung ke wajahnya yang ayu seketika sebelum tersenyum dan terus melangkah. Senyuman adalah senjataku paling ampuh untuk lari dari menjawab pertanyaan. “Kamu dari mana tadi?” tanyaku mengalihkan pembicaraan. Dia kembali bercerita tentang apa yang baru saja dia lakukan bersama kakak-kakaknya. Aktiviti keluarga Si penjaga pintu tidak lain adalah berkhidmatan kepada penduduk sekitar, mengelap kereta, membasuh tangga, mencuci permaidani adalah antara tugas mereka. Aku memberikannya beberapa biji gula-gula sebelum dia pergi meninggalkanku. Suasana petang musim sejuk memang menyenangkan, angin yang bertiup sepoi-sepoi cukup untuk mengebaskan wajahku dan membuatkannya merah. Sambil menikmati aroma unik musim sejuk aku kembali menanyakan diriku tentang azamku tahun ini. Kemana arah tujumu? Sejauh mana persiapanmu untuk mengharungi perjalanan ini? Bekalan apa lagi yang harus aku cari tahun ini sebelum perjalanan bermula? Berapa lama lagikah tempoh yang aku miliki sebelum perjalanan ini? Andainya perjalanan itu tiba saat ini sanggupkah aku melaluinya? Kini azamku pasti. Menyiapkan “bekalan sebuah perjalana”. watazawwadu fa inna khairuzzadittaqwa

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Share