This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Hari ini merupakan hari yang julung kalinya aku menyambut Hari Kemerdekaan dengan begitu formalnya. Seingat aku selama 22 tahun menghirup udara di alam ini, inilah kali pertama aku bersama rekan-rekan berkumpul melakukan perbarisan demi memperingati Hari ulang tahun ke merdekaan yang ke 50 ini.

Ketika berada di alam sekolah rendah, cuti merdeka merupakan hari-hari kerja gotong-royong membersihkan rumah. Kalau hari cuti tersebut kebetulan jatuh pada mood mama abah yang baik, besar kemungkinan kita akan berkelah atau melaksanakan aktiviti keluarga lainnya. Belum pernah abah dan mama membawa kami meredah sesak merayakan hari kemerdekaan. Bagiku, ia merupakan hal yang sangat relevan. Sambutan hari Merdeka bagi kami bukanlah hanya sekadar melaung-laungkan kata-kata merdeka, namun abah dan mama berusaha mengajarkan kami untuk merayakan merdeka dengan mengisi dengan hal-hal yang lebih bernilai dari sekedar berpoya-poya tak tentu arah.

Di alam sekolah menengah pula, aku lebih tidak berkesempatan untuk meraikan hari penuh sejarah ini. Ia kerana aku menuntut di sebuah sekolah di Indonesia yang tentunya tidak akan memberikan cuti atau melaksanakan program khas kemerdekaan kepada kami. Namun beruntungnya kami ketika itu berdaftar dibawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Surabaya (PKPMI’CS) yang memberi kami peluang untuk turut sama mengikuti program-program anjuran mereka. Biasanya PKPMI akan mengadakan orientasi pelajar baru sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan. Tentunya ianya sangat menarik dan menyeronokkan. Namun sambutan yang demikian tidaklah begitu formal, ianya lebih condong ke aktiviti suka ria dan kekeluargaan.

Hari ini, secara ntah bagaimana, aku menyambut sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke 50 bagi negara kita Malaysia dengan menyertai perbarisan salah satu kontijen persatuan yang ada di Mesir. Bermula dengan perbarisan yang diikuti dengan Nyaian lagu Negaraku, Jalur Gemilang, Malaysiaku Gemilang, dan Cemerlang,Gemilang, Terbilang, kemudian diteruskan dengan Ikrar Mahasiswa dan Mahasiswi. Acara dilanjutkan dengan ucapan selamat datang dari TYT Dato Duta Malaysia ke Kaherah Dato Zainal Abidin Abdul Kadir dan ucapan dari YB Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Acaranya rasmi.

Perlu aku akui dengan menghadiri acara ini aku benar-benar berasa bangga dan bersyukur menjadi seorang rakyat Malaysia. Namun, pada masa yang sama, sambutan hari ini seakan-akan meninggalkan beban yang sangat besar untuk kita sama-sama pikul. Melihat prospek ke depan, Malaysia sangat capable untuk menjadi superpower baru di benua Asia. Negara yang begitu maju pada usia kemerdekaan yang ke 50 perlu dikagumi, namun kemajuan masyarakat Malaysia pada hari ini belum menuju sasaran yang tepat kerana bertolak dari busar yang tidak jelas. Seandainya saja busar tersebut berlandaskan Islam dan menjadikan worldview Islam sebagai sasaran, maka kemajuan itu tidaklah samar dan kabur. Adalah tanggung jawab yang teramat berat untuk menciptakan busar dan panah kemudian menghalakannya ke sasaran yang betul.

Demi meringankan berat tanggung jawab berat ini, aku berazam untuk menjadikan beberapa hal berikut sebagai perhatian :

Motto :

Berjasalah tapi jangan minta jasa..

Erti Hidup pada Memberi..

Berhenti mengeluh dan bertindaklah..

10 pencapaian wajib :

1. Badan yang kuat dan sehat

2. Akhlak yang mantap

3. Wawasan berfikir yang luas

4. Aqidah yang benar

5. Ibadah yang sah

6. Jihad memerangi nafsu

7. Mampu mandiri

8. Urusan yang sistematik

9. Menjagaan waktu

10. Manfaat bagi sekeliling

Tindakkan :

1. Meninggalkan hal-hal lagho

2. Meminimalkan sembang-sembang via YM

3. Memaksimalkan bacaan

4. Memantapkan hafalan

5. Memperbanyak tulisan

6. Memfokuskan sepenuhnya pada pelajaran

Leave a Reply