This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Baru-baru ini sekitar 170 orang mahasiswa Al Azhar Mesir ditangkap oleh Pihak Berkuasa kerana telah mengadakan tunjuk perasaan dikampus mereka di Seksyen 6, Madinat Nasr. Mereka melepaskan rasa tidak puas hati terhadap pernyataan seorang menteri budaya yang mengatakan bahwa tudung itu tidak wajid dan sudah tidak relevan untuk masa kini dan meminta agar dia dipecat. Keadaan ketika itu memang agak “panas” kerana sebelumnya terdapat isu-isu yang berkaitan Islam dan umat Islam yang menjadi perbincangan. Sebuah media cetak yang dikaji oleh seorang pelajar Azhar untuk dibentangkannya sebagai bahan untuk mendapatkan kelulusan Majestir marah besar apabila pelajar tersebut lulus dengan keputusan Syaraf Astsaniah (Cemerlang tahap dua) juga menjadi penghangat suasana. Pihak Azhar As-syarif begitu prihatin atas keadaan tersebut lalu mengambil tindakkan dengan mengajukan sebuah Lajnah khas untuk mereka. Keputusan itu sangat melegakan pihak keluarga mahasiswa-mahasiswa yang tertangkap kerana paling tidak mereka tidak hilang kesempatan mengikuti ujian.

Isu ini sangat mengejutkan banyak pihak terutama diriku sendiri. Berada bersama-sama teman-teman sambil melaungkan slogan-slogan jihad yang dihiasi takbir, tahmid dan istighfar menjadi kenangan indah yang tak dapat dilupakan. Isu Denmark yang membangkitkan kemarahan sebahagian besar umat Islam secara tidak sengaja mengajak persatuan umat Islam yang selama ini hanya bersikap “mind your own bisness”. Pernah ada yang bertanya “Apa yang menarik sampai engkau nak sangat ikut diorang punya program?”. Pertanyaan seperti ini akan lebih baik tidak dijawab daripada mengundang salah paham sebahagian pihak. Namun pertanyaan ini mengundang seribu satu persoalan yang bermain di mindaku akan alasan keberadaanku di acara itu. Aku menyimpulkan bahwa paling tidak ada rasa kebersamaan di saat kehadiranku di situ. Perasaan bertanggungjawab untuk membela agama saat itu seakan terbit dan mengalir diseluruh tubuh. Menyertakan diri dengan program seperti ini, paling tidak melatih kita untuk beriman dengan sebenar-benar iman.

Banyak orang yang mempertikaikan cara menunjuk perasaan yang dilakukan. Ada yang berkata ianya tidak berhikmah. Aku tidak akan mendebati mereka yang berkata demikian kerana aku pun bersetuju di satu sudut. Namun, aku balik bertanya kepada mereka apakah anda menyediakan alternatif untuk menunjukkan perasaan anda? Kita tak mampu mengadakan suatu program yang menyatakan perasaan kita dan kita terus mengkritik usaha orang lain. Suatu kekhawatiran timbul apabila kita hilang rasa kepedulian terhadap agama. Perasaan sedih sering kali timbul apabila terdengar sebahagian mereka berkata “alah, saya dah suruh dah anak saya pakai tudung tapi dia tak nak, doakanlah ye dia diberi hidayah.” Pernyataan seperti ini sering membuatkan kita merasa sakit hati, mengapa si anak boleh membuat pilihan? Sepatutnya sang ibu dan ayah begitu peduli dengan anak mereka sehingga isu seperti tudung menjadi darah daging yang perlu dibahas. Penyataan-penyataan putus asa seperti ini selalu lahir kerana hilangnya world view yang sepatutnya menjadi landasan pergerakan dan kehidupan. Umat Islam hilang kepedulian tentang keislaman mereka apa lagi untuk memperdulikan masalah Islam secara keseluruhan. Hilang kepedulian adalah seakan-akan kehilangan harga diri dan mati. Untuk apa hidup kalau hanya bergoyang kaki, hidup senang-lenang bersama keluarga tanpa menghiraukan keadaan agama.

Kisah Nabi kita Yusuf AS, memberi kita sebuah cermin perbandingan bahwa kehidupan ini tidak selamanya mudah. Penjara adalah tempat yang biasa disinggah oleh kebanyakan dari para mujahidin. Nabi kita Muhammad SAW tidak terkecuali dalam mengalami hari-hari penuh penderitaan. Beliau pernah dipenjara ketika kaum musyrikin quraisy memboikot umat Islam. Mereka diuji hingga ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan. Daun menjadi makanan untuk mengalas perut daripada lapar. Maka jangan gentar dengan penjara. Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit.

Leave a Reply