Apa Kata Mereka : Isu Palestin

Posted on January 15th, 2009 in Uncategorized

Perbualan aku dengan pemadu taksi dari Muhandisin menuju ke Madinat Nasr pada pagi ahad 4 Januari 2009 :

“Palestin teruk ni, apa pendapat anda?”

” Semua salah pemimpin! Allah SWT berfirman, “Dan taatilah Allah SWT rasulullah dan pemimpin yang dipilih dikalangan kamu” seandainya sahaja pemimpin kami memberi perintah kepada masyarakat Mesir untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza, aku pasti semua masyarakat Mesir akan pergi!” Pak cik tua itu memalingkan pandangan sambil mengambil nafas.

“Engkau tahu tak, aku ni peminat Syiekh Sya’rawi. Aku sangat cintakan dia. Sebab itulah aku letakkan gambarnya di dalam taksiku ini. Beliau ulama yang sangat aku sanjungi. Beliau pernah ditawarkan untuk menjadi Grand Syiekh Al-Azhar tapi beliau tolak. Grand Syiekh Azhar itu sekarang bukan lagi sebagai “Grand Syiekh” akan tetapi sebagai “Kakitangan Kerajaan”. Aku pernah mendengar kisah bagaimana Nabi Muhammad SAW dan umat Islam diboikot masyarakat Quraisy sehingga mereka makan rumput dan dedaunan. Walaupun mereka kelaparan mereka tetap hidup. Bahkan mereka menikmati rumput dan dedaunan yang jadi makan mereka ketika itu. Kepuasan yang tiada tara. Hari ini, masyarakat Mesir dan Arab khususnya dalam keadaan kenyang sedang saudara mereka di Gaza dan Palestin umumnya dalam keadaan yang sangat dahsyat. Namun, adakah masyarakat Mesir dan Arab menikmati kenikmatan yang mereka kecapi itu? Sungguh aku yakin tidak. Kerana ianya tidak berkat. Bagaimana mungkin berkat jika itu semua membuatkan kita “kering” dan tidak pedulikan mereka yang sengsara di Gaza.” Pak cik tua itu tidak berhenti menyuarakan pendapatnya. Sehinggalah taksi yang aku naiki itu tiba di hadapan flat tempat aku tinggal.

“Jangan engkau kira mereka merasa tersiksa seperti mana yang kita rasakan dan kita bayangkan dari apa yang kita lihat. Benar mereka menangis. Benar mereka kesakitan. Benar mereka kelaparan. Tapi ketahuilah sesungguhnya mereka menderita dalam keadaan bahagia.”

Perbualan aku dengan seorang lagi pemandu taksi dari Madinat Nasr ke Abbasiah pada hari ini 14 Januari 2009 :

“Apa pendapat engkau tentang Palestin?”

Pak cik kelihatan agak serabut. Di lehernya terlilit serban putih bertompok-tompok hitam yang banyak dijual di jalanan sebagai bentuk solidariti terhadap Palestin (kononnya).

Pak cik itu menatapku dengan tatapan agak seriaus lalu berkata, “Umat Islam lemah! Sangat lemah! Umat Islam sekarang semua sembang je kencang. Kononnya kata “la ilaha illallah” (tiada tuhan selain Allah) tapi ketika tiba saat untuk buktikan dengan perbuatan dan tindakkan semua diam membatu.” Pak cik itu kemudian diam tak bicara. Ada raut sayu di wajahnya. Mungkin dia benar-benar kecewa dengan keadaan umat Islam saat ini.

“Engkau dari mana?” Tiba-tiba dia bertanya.

“Malaysia.”

“Oh! Negara yang bagus. Paling tidak di negara kamu ada yang peduli dan menunjuk perasaan. Di sini langung tiada!”

Aku terkejut mendengar ucapannya. Penampilannya tidak menunjukkan dia seorang yang berpendidikan tinggi. Pengetahuannya akan apa yang masyarakat malaysia usahakan memang amat mengejutkan aku. Aku tahu bahawa di Mesir juga ada tunjuk perasaan, bahkan dia juga pasti tahu. Mungkin, dia tidak menganggap semua tunjuk perasaan yang terjadi di Mesir ini mewakili suara rakyat Mesir kerana memang yang turun untuk berdemo tidak seramai jumlah rakyat yang ada. Bahkan, rakyat takut untuk turun kerana pihak berkuasa yang begitu kejam.

Seorang sahabat menceritakan kepadaku perbualannya dengan seorang teman yang berjawatan besar di dalam persatuan gergasi di Mesir ini. Ceritanya secara ringkas begini :

“Apa tindakkan kalian (merujuk kepada persatuan tersebut) untuk menunjukkan sikap terhadap Gaza?”

“Kami dah buat ini dan itu. Bla.. bla.. bla..”

“Mana cukup, kita perlu buat yang lebih besar! Persatuan kaukan ada banyak potensi. Ayuhlah kita tunjukkan apa yang ada dalam hati kita.”

“Engkau ni kalau bab Palestin cepat je. Jangan lupa sekitar kita yang tidak kalah pentingnya!”

Aku terkejut mendengar cerita temanku itu. Sangat-sangat tidak dapat aku terima keadaan tersebut. Mungkin aku boleh menerima jika seorang biasa yang mengatakannya tapi tidak seorang yang besar pengaruhnya. Aku berusaha untuk bersangka baik dengan bertanya kepada diriku sendiri, “adakah yang lebih penting dari keadaan Palestin saat ini!?”. Hanya “tidak” yang aku temukan sebagai jawapan. Sedih!

Tadi, aku mendapat sebuah lagi email.

Warna kulit menunjukkan dia seorang Melyau.

Email itu menceritakan kisah seorang Melayu yang tinggal di Bangi. Masalah lelaki Melayu ini adalah dia dengan bangganya menyokong Israel. Aku tidak tahu samaada kabar itu benar atau pun tidak tapi inilah gambar yang disertakan bersama email tersebut. Jika benar maka ia amat menyedihkan. Isu Palestin perlu lebih banyak disuarakan di mana-mana kita berada. Dari sejarah kuno, sejarah permulaan Islam, sejarah diakhir khilafah Othmaniyyah hinggalah keadaan terkini yang terjadi di Palestin perlu kita war-warkan.

Akhir sekali aku merasa bersyukur berada di Mesir. Setiap lima waktu di majid imam membacakan qunut nazilah. Paling tidak suasana berperang itu amat dirasakan walau tiada hujan peluru dan letupan bom yang didengari. Ya Allah Engkau tuliskanlah (baca : tetapkanlah) ke atas kami berjuang di jalanMu ya Allah!!

Published by taqeyyabella

One Response to “Apa Kata Mereka : Isu Palestin”

  1. Anonymous Says:

    kalu brader yg pakai bj tu duk kat kelantan memang lama dah mampusss….

Leave a Comment

Share