Alfu Mabruk, Selamat Berjuang !
Posted on June 15th, 2007 in Uncategorized

Perasaan apakah yang lebih indah dibandingkan melihat seseorang bahagia. Apalagi jika seseorang itu merupakan orang yang istimewa buat kita. Tentunya kita akan turut bangga, gembira dan suka bersama.
“Tengoklah sape ayahnye..” Sang ayah berbangga.
“Eh.. Ni semua kalau bukan mak yang selalu marah kamu tak dapeknye kamu..” Kata sang ibu tidak mahu kalah.
“Eh, awak nak tau tak abang sayakan, dia dah konvo.” Sang adik turut menyebarkan kabar gembira.
Inilah antara dialog yang sering kita dengar ketika tiba suasana ini. Suasana sekali seumur hidup.
Mungkin beginilah perasaan yang dirasakan oleh temanku Muhammad Sufian sekeluarga setelah dia berjaya mendapatkan gelar Sarjana dari Institut Agama Islam Negeri di Yogyakarta Indonesia. Bahkan dia dengan senang hatinya menyampaikan kabar berita ini kepadaku.
Sufian memang mempunyai kenangan bersamaku, hitam maupun putih. Kami bukanlah budak baik. Bahkan lebih teruk dari sekadar jahat. Namun persahabatan ternyata dapat memberi pengaruh. Aku tidaklah berusaha untuk mempengaruhinya. Hanya berusaha menjadi seorang kawan yang baik. Aku juga tidak pernah mengetahui betapa dia menghargai aku sebagai teman sehinggalah perbualan kami melalui YM mengungkap sebuah pengakuan tulus darinya. Meraih sarjana bukanlah sebuah hal yang susah tetapi tidak bagi dia yang pernah melalui masa kelam. Ianya sebuah pengorbanan dan perjuangan. Tidak sedikit yang terkejut mendengar dia dapat meraih sarjana.
Betapa bahagianya aku mendengar ucapannya yang telah diedit dan dicopypastekan ini :
mohd sufian (05/06/2007 05:54:40 ã): nama ang aku dah masuk kat dalam skripsi aku.sory la tak mintak izin ang dulu heheh
taqeyyabella(05/06/2007 05:58:02 ã): biar betul nama aku masuk
taqeyyabella (05/06/2007 05:58:12 ã): untuk apa ko masukkan
mohd sufian (05/06/2007 05:58:22 ã): ang kan dah motivator ke aku
taqeyyabella (05/06/2007 05:58:23 ã): kalau camtu kenelah bagi aku satu salinan
mohd sufian (05/06/2007 05:58:30 ã): hahaha
mohd sufian (05/06/2007 05:58:32 ã): ampeh
Sungguh aku tak perasan yang aku pernah memotivasikannya. Bahkan kami sudah sekian lama tidak berjumpa. Untunglah ada YM yang melanggengkan hubungan kami.
Sahabat, Tahniah !!! Selamat Berjuang !!!
Tidak ada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan untaian doa-doaku untuk mu. Kalau sarjana mampu anda diraih bermakna anda juga mampu berkongsi ’sarjana’ anda itu dengan masyarakat.
Selamat Berjuang !!!



Leave a Comment