Al Imtihanul ‘Ajib

Posted on August 26th, 2007 in Uncategorized

Kini aku berada di dalam sebuah peperiksaan. Ianya merupakan sebuah peperiksaan yang terakhir yang akan aku lalui. Peperiksaan yang akan menjadi penentu akan masa hadapanku. Ya, masa hadapanku akan bergantung seratus peratus ke atasnya. Seketika aku berasa resah, sambil menata hati aku mengucap dalam hati, “Ya Allah. Masa hadapanku.. Masa hadapanku..” Ketika tiba masanya, sampailah kertas soalan kepadaku. Namun aku masih tidak mengendahkannya sejak ia diletakkan dihadapanku. Semua soalan yang ada amatlah mudah, paling tidak begitulah dugaanku. Aku mula melihatnya dengan lebih teliti satu persatu, sehinggalah aku tersedar bahwa masa yang diperuntukkan untuk peperiksaan ini tidak dinyatakan. Aku pun melaungkan suara bersama-sama segolongan peserta lainya memanggil-manggil pengawas peperiksaan. Pengawas menyatakan ia tidak salah. Peperiksaan ini memang tidak dinyatakan tempoh masa yang diperuntukkan. Anda hanya perlu menjawabnya selagi mana ia berada ditangan anda. Aku dan peserta lain menyatakan ketidak puasan hati, bagaimana sebuah peperiksaan yang sangat penting ini tidak menyatakan tempoh pelaksanaanya sedangkan ia akan menjadi masa hadapanku. Aku kemudian melihat sebuah tulisan besar berikut. PERHATIAN :  JAWABLAH SEMAMPU ANDA, PENILAIAN AKAN BERASASKAN TEMPOH MASA ANDA MENJAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT. MAKA JAWABLAH DENGAN TENANG. ANDA TIDAK AKAN DI ZALIMI. ANDA DIBENARKAN UNTUK BEKERJA SAMA DENGAN TENAGA PENGAJAR, TEMAN-TEMAN, DISAMPING MERUJUK KEPADA BUKU TEKS, CATATAN DAN BUKU TAMBAHAN.Â

Ya Allah, begitu mudah peperiksaan ini. Tidak ada cabaran di dalam peperiksaan ini melainkan kertas jawapannya boleh diambil bila-bila masa. Seketika fikiran dan perhatianku beralih kepada Allah SWT. Ya Allah tetapkanlah hatiku, berikanlah aku pentunjuk dalam menyelesaikan masalah ini. Kusapukan kedua belah telapak tanganku ke wajahku. Ketika mataku terbuka, alangkah terkejutnya aku ketika mendapati ramai diantara mereka yang tidak memberi perhatian sama sekali terhadap peperiksaan yang sedang mereka hadapi. Diantara mereka ada yang sedang asyik bersenda gurau dan bermain. Gelak ketawa mereka sangat jelas menunjukkan tiada kerisauan di hati mereka padahal mereka sedang menjalani peperiksaan besar yang sangat penting. Adapula di antara mereka yang ketika membaca soalan mereka ketawa lalu sambil cekikikan mereka saling mengucapkan perkataan-perkataan peremehan terhadap peperiksaan ini. Salah seorang daripada mereka berkata,”

Ala geng lepakla, simple giller soalan nie baby pun boleh jawab!” lalu ramai-ramai mereka ketawa.  Mataku masih lagi menatap ke arah mereka yang sedang bersuka ria. Secara tiba-tiba timbul rasa keinginan untuk menyertai mereka. Meninggalkan sebentar kerisauan ini dan sejenak bergembira. Fikiran jahatku pun mengambil kesempatan membisik, “ala kejap jer, lagi pun soalan tu kacang jer, no hal punyala.” Hampir sahaja aku menyertai mereka kalaulah bukan kerana jeritan suara seseorang yang berada di dekatku yang meraung dan merayu agar dikembalikan kertas jawapan kepadanya. “Tolonglah, saya tak jawab apa pun lagi, bagilah balik kertas tu pada sya, tadi saya bermain belum sempat menjawab apa-apa. Tolonglah saya, itu masa hadapan saya.!!!” Walau bagaimana hebat tangisan dan jeritan yang diusahakan namun kertas tersebut tidak juga dikembalikan.”Hancurlah masa hadapanku!!!” teriaknya menyesal. Aku terus tersentak dan segera aku melirik ke kertas jawapan yang aku pegang. Ianya masih kosong. Bersih. Segera aku berusaha untuk mula menjawab. Keadaan hiruk pikuk disekitarku menggagalkan aku untuk memberi perhatian kepada soalan yang diberikan. Suara dan gelak ketawa mereka benar-benar mengganggu diriku.Â

Aku tidak lagi mampu bertahan untuk tetap berada disitu, lalu aku memutuskan untuk bangun dan mencari tempat lain yang dapat membantu aku menjawab soalan-soalan ini. Aku pun bangun dan berjalan di sekitar dewan, lalu aku terlihat akan sekelompok manusia yang sedang tertib menjawab soalan-soalan yang diberi. Mereka sangat tenang, bersemangat, cermat dan sangat kooperatif. Mereka membaca soalan dan menjawabnya dengan sungguh bersungguh-sungguh. Tiada seorang pun yang bermain bahkan mereka semua saling bekerjasama menciptakan suasana yang membantu untuk menjalani peperiksaan dengan baik. Aku bahkan terasa sangat segan dan rendah diri. Aku keliru sama ada harus menyertai mereka ataukah tidak pergi saja. Terasa diri sangat buruk dan tidak sesuai dengan mereka. Hampir saja aku meninggalkan mereka, namun kertas jawapanku yang kosong itu memaksa aku untuk memberanikan diri, lalu aku berdiri dihadapan mereka dan berkata, “Apakah kalian menerima aku untuk berada bersama-sama kalian?” Mereka berpaling ke arahku, dengan wajah yang ceria diukir senyuman ikhlas. “Selamat datang ke kumpulan orang-orang yang berjaya dengan izin Allah” kata mereka serentak. Mereka menyedari tiada lagi tempat kosong yang tersisa untuk aku, lalu dengan tiba-tiba seakan mendapat komando, mereka saling memperbaiki cara duduk dan merapatkan barisan sehingga terluang tempat untukku berada bersama-sama mereka. Mereka melakukan itu dengan senyum tanpa ada satu keluhan pun. Tiba-tiba perasaanku yang tadinya resah kini berubah menjadi tenang dan selesa berada bersama-sama mereka. Semua mereka meneruskan kerja dengan saling bantu membantu dengan baik sekali.  Setelah seketika aku berada bersama-sama mereka, datanglah seorang pengawas untuk mengambil kertas jawapan seseorang yang sangat hampir denganku. Sangat menghairankan ketika kertas jawapannya diambil, dia tidak berteriak histeris, juga tidak menangis sesal atau melaungkan kata putus asa. Pemuda itu bahkan tersenyum dan menyerahkan kertasnya sambil berkata,”Telah aku lakukan apa yang aku mampu tanpa sedikit pun melengah-lengahkannya atau meremehkannya, maka aku redha dan menanti keadilan penanda kertas jawapan ini, teruskan perjuangan kalian wahai sahabat-sahabatku.” Aku pun terus menjawab soalan-soalaan semampuku sambil menunggu kehadiran giliranku. Aku kemudian mendengar bisikan yang sangat jelas ditelingaku yang berbunyi, “Apakah kamu mengira bahwa Kami ciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak kembali – Al Quran”Â

~oooOOooo~

Demikianlah sebuah perumpamaan kehidupan kita di dunia. Kita semua tahu yang hidup adalah jambatan untuk sebuah kehidupan abadi. Hidup di dunia ini hanya sekedar mengumpul bekal, untuk perjalanan abadi. Sungguh mudah melalui ujian dunia, namun ramai yang gagal kerana leka alpa dan lupa, kerana nafus dan syaitan durjana, kerana sombong dan ingkar.

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Share