Al Aqsa, maafkan kami…
Posted on August 22nd, 2007 in Uncategorized
Kau tersakiti kerana kami,
tubuhmu dibakar, dirosakkan, dan kami hanya mampu terdiam.
Al-Aqsa.. Maafkan kami…


Maafkan kami gagal berteriak lantang…
Maafkan kami enggan tinggalkan kemewahan…
Maafkan kami enggan mencipta pembaharuan…

Ya Allah.. Ciptakanlah MAHU di diri kami…
Ya Allah.. Karuniakanlah BERANI di hati kami…
Ya Allah.. Berikanlah MAMPU bagi hamba-hambaMu yang lemah ini…


Mengapa begitu sulit bagi kami memupuk iman dihati…
Kami tahu kami begini kerana kami lari dari Mu Rabbi…
Ya Rabbi kenapa kami terus rela begini… Kenapa.. Kenapa….


PertolongMu pastikan datang…
JanjiMu menghadirkan pejuang unggul yang perkasa JIWA dan RAGA…
Golongkanlah kami di antara mereka…
Kabulkanlah permintaan MEGA dari kami sang hina dina…
Published by taqeyyabella

Leave a Comment