This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Sebenarnya tak ada niat nak menulis tentang raya tapi secara tak sengaja jumpe gambar di atas di blog sifu anasxz. Jadi, setelah mencurik link gambar di atas aku sempatkanlah detik ini untuk mencoretkan sedikit mengenai raya.

Aidilfitri [yang secara bunyinya lebih tepat dengan eidulfitri] kali ini adalah raya ke-empat yang aku tidak sambut bersama keluarga. Pertama pada 2002, ketika itu aku tidak mendapat cuti dan terpaksa berada di sekolahku di ponorogo jawa timur. Kedua pada 2003, iaitu tepat setelah kelulusanku dari sekolah tersebut dan setelah penobatanku sebagai seorang tenaga pengajar di sekolahku itu. Ketiga adalah tahun lepas 1428.

Dari empat hari bahagia ini, hari yang paling menyedihkan bagiku adalah pada tahun 2003. Ketika itu kesemua teman seangkatanku tidak berada di sekolah kerana memang hari wisuda atau bahasa inggrisnya graduation sudah lalu. Maknanya kita semua memang sudah terputus ikatan dengan sekolah. Aku pula mendapat kehormatan untuk menjadi guru disitu. Maka hanya akulah satu-satunya pelajar dari angkatanku yang masih menetap disekolah ketika itu. Pelajar-pelajar semuanya cuti. Yang ada ketika itu hanya pelajar-pelajar yang tak diberi kesempatan untuk pulang dari siswa tingkatan 5 yang akan naik ke tingkatan enam. Guru-guru yang ada pula semuanya senior yang begitu jauh jaraknya dari aku yang baru menjelma sebagai guru beberapa hari. Tak dapat dibayangkan kesepian yang aku alami ketika itu. Sebak sekali aku menahan tangis pada hari itu. Ya, aku masih ingat detik-detik sedih itu dengan sangat jelas sekali! Walaupun dengan sedikit bangga aku menikmati sapaan hormat orang-orang sekeliling ketika melangkahkan kaki ke Masjid. Sambil menunduk mereka menyebut, “Ustaz!!”

Tahun ini aku tidak sedih atau sepi. Tidak juga girang atau gembira. Perasaanku just biasa. Mungkin ada sedikit perasaan sedih mengenang Ramadhan yang tidak aku layan dengan begitu baik. Memang cepat masa berlalu. Sungguh tak perasan.

Aku tidak menelepon keluarga yang tentunya sedang sibuk. Bagi keluargaku di Malaysia, setiap Ramadhan dan Syawwal merupakan masa-masa kritikal yang mana ibunda dan ayahanda akan menjadi super sibuk. Ini kerana kesemua adik beradikku meneruskan sekolah menengah di indonesia yang cuti tahunannya jatuh pada Ramadhan dan Syawwal. Tepatnya, ia bermula 10 hari sebelum ramadhan dan selesai 10 hari setelah ramadhan. Maka, mereka akan pulang. Kesempatan ramadhan inilah satu-satunya bulan yang dapat dimanfaatkan oleh ibunda dan ayahanda untuk mengenal anak-anaknya dengan lebih dekat. Anak-anak yang terpaksa diwakilkan tugas tarbiah dan ta’limnya kepada Allah. Waktu inilah yang dapat digunakan untuk membeli belah segala keperluan selama setahun di sana. Waktu ini jugalah peluang untuk ibunda dan ayah anda memberi input-input berharga mengenai perjuangan keluarga dan tanggung jawab sosial. Dapat dibayangkan betapa waktu-waktu ini sangat kritikal. Namun, tahun ini halnya agak berbeza. Aku berada di sini (Mesir). Adikku dibawahku (ketiga) dan dibawahnya (keempat) menyambut di Saudi Arabia. Dibawahnya lagi (kelima) tidak mendapat cuti kerana berada di tingkatan lima yang akan naik ke tingkatan enam (tradisi sekolah tidak memberikan cuti kepada mereka). Maka yang tersisa adalah yang keenam, yang merupakan siswa tingkatan dua di indonesia, adiknya yang ketujuh yang akan terbang bersama abangnya beberapa hari lagi. Kelapan, Kesembilan dan kesepuluh adalah 3 kecil yang masih di alam sekolah rendah. Bermakna hanya tinggal 5 orang + abangku sekeluarga.

Ada suatu yang aku perasan. Budaya kita memohon maaf pada hari raya sempena Aidilfitri. Namun, dalam banyak-banyak ceramah dan dalam banyak-banyak khutbah atau majlis ilmu agama, sering kali aku dengarkan para khatib dan penceramah begitu menggalakkan agar umat islam menyelesaikan urusan salah faham, perselisihan, pertelingkahan dan segala yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia sejak awal ramadhan lagi. Seakan-akan urusan sesama manusia ini perlu dilangsaikan sebelum memasuki ramadhan atau paling tidak pada awal ramadhan sehingga ia memberi kesan positif kepada ibadah kita selama ramadhan. Ucapan permohonan maaf tidak menjadi budaya di pagi raya khususnya di Mesir. Mereka lebih banyak mengucapkan, “Kullu ‘amin wa antum bikhair!” (Semoga dalam keadaan baik setiap tahun!) atau “Taqabbalallahu minna wa minkum!” (Semoga Allah menerima amalan dan perbuatan dari kami dan dari kalian semua). Tidak pernah kita mendengar mereka mengucapkan, “Samihni.. U’fu ‘anni..” atau ucapan lain yang berbau permohonan maaf. Menurutku, budaya memohon maaf adalah lebih baik jika dibudayakan di awal ramadhan bahkan sebelum ramadhan sehingga ia memberi efek yang baik kepada kualiti ibadah kita sepanjang ramadhan. Namun, budaya memohon maaf di pagi syawwal bukanlah suatu yang salah atau tidak baik.

 

One Response to “Aidilfitri 1429H”

  1. Ade W.K Says:

    Heheh.. Jadi inget masa lalu ley…

    Oh ya, kalo nt sempet OL kabarin yak…

    Jangan lupa maen2 ke blog ane… :D

Leave a Reply