Adakah Islam mesra wanita??

Posted on May 23rd, 2009 in Agama, Bahasa dan Sastera, Uncategorized

Soalan umpama tajuk di atas sering dilaungkan oleh golongan yang kononnya memperjuangkan hak wanita, hak persamaan gender dan paling terkini golongan liberal dalam beragama. Persoalan sebegini tidaklah baru, bahkan di dalam Al-Quran telah diceritakan bagaimana sikap manusia yang memang tidak ingin taat akan perintah Allah membuat seribu satu persoalan yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melarikan diri dari menjalankan perintah Allah. Bani Israel sebagai contoh yang telah diperintahkan untuk mengorbankan lembu serulang kali mempertanyakan ciri-ciri lembu dari usia, warna dan bahkan peran. Sehingga akhirnya persoalan mereka itu malah menjadikan mereka susah mendapatkan lembu tersebut. Padahal pada mulanya Allah memberikan perintah yang umum dan sangat mudah. Mereka ini mempertanyakan ciri-ciri lembu bukan agar dapat melaksanakan perintah dengan sempurna akan tetapi memang untuk mengelak dari melaksanakan perintah tersebut.

Pada abad ke 21 ini, golongan seumpama ini masih terus wujud. Kononnya mereka menggunakan pendekatan ilmiah untuk berhujah dalam beragama. Malangnya, hujah-hujah mereka itu semakin mempertunjukkan ketidakfahaman mereka terhadap Islam itu sendiri.

Lucu sekiranya kita mendengar bagaimana golongan liberal ini menuduh bahawa hijab atau tudung merupakan sebuah penyeksaan ke atas wanita. Maka dia yang berkata demikian akhirnya membuka tudung dengan alasan itu merupakan hak peribadi dia. Ketika ada wanita lain yang mengatakan biarkan aku memakai tudung kerana ia merupakan hak peribadi aku, wanita itu malah dituduh kolot oleh wanita liberal tadi. Bukankah dia sendiri yang menyatakan akan perihal hak peribadi!!??

Jika benar anda memperjuangkan hak maka biarkanlah mereka memakai tudung atas kerelaan mereka kerana itulah hak mereka!!

Mesir merupakan negara yang telah mengalami kejutan budaya yang dahsyat ketika ramai tokoh masyarakat yang kononnya merupakan tokoh kemajuan, pembangunan dan sebagainya, keliru akan wacana pemikiran dan budaya akibat pergeseran yang terjadi antara Timur dan Barat. Perubahan mengejut berupa kemunduran dari segi zahiriyyah di Timur dan perubahan mengejut berupa kemajuan dari segi zahiriyyah di Barat inilah penyebab utama pergeseran tersebut sehingga menyebabkan tokoh-tokoh di Timur yang terlalu semangat mengejar kemajuan di Barat terkeliru akan nilai-nilai suci dan norma-norma murni yang terpelihara di dalam kantung agama.

Tokoh seperti Qasim Amin yang digelar “Father of Egyption Feminisme” adalah pemula gerakkan pembebasan wanita ala Barat di Mesir. Usahanya telah berjaya menghuru-harakan wanita di saat itu. Bahkan telah terjadi satu kejadian penuh sejarah dimana para wanita berkumpul di sebuah dataran lalu melepaskan tudung mereka dan memijak-mijaknya. Dataran tersebut hingga kini masih dikenali sebagai Tahrir atau pembebasan. Ia terletak di jantung Kaherah berdekatan dengan Nil.

Menyikapi gerakan penyesatan yang dipimpin oleh Qasim Amin ini, para muslimin yang terpelihara pemikiran, jiwa dan nurani (instinct) dengan Al-Quran dan Sunnah menggunakan segala yang dimiliki untuk meng-clarify segala tuduhan yang tidak berasas itu. Salah seorang dari mereka yang konsisten menyedarkan masyarakat menggunakan media unggul bernama sastera (syair) adalah Ahmad Muharram.

Ahmad Muharram adalah anak kepada seorang Turky dari keturunan Mamalik Syarakisah dan seorang ibu berdarah Mesir dari keturunan terkenal di Kaherah iaitu Keluarga Damarlily. Di lahirkan di kampung bernama Bukhairah kemdian di bawa ke Kaherah untuk belajar di sekolah. Namun sistem persekolahan pada saat itu tidak sesuai dengan jiwanya yang menyebabkannya meminta untuk dipindahkan dengan membuat sebuah Qasidah (syair yang panjang) mengenai dilema yang di hadapinya di sekolah. Membaca qasidah itu, ayahnya kemudian membawa Ahmad Muharram untuk tinggal di kampung dan mendatangkan pengajar dari Azhar untuk mengajarnya di rumah. Maka Ahmad Muharram mendapat kesempatan emas memperkaya wacana bahasa Arab dan kesusasteraannya serta cabang-cabang ilmu yang lain.

Keadaan telah membentuk Ahmad Muharram menjadi seorang yang sangat tinggi kemampuan bahasa Arabnya dan teguh pendirian agamanya. Gabungan agama dan bahasa ini telah menjadikan Ahmad Muharram seorang budayawan dan sasterawan yang sangat berpengaruh. Hal ini dapat dibuktikan dalam bait-bait syair yang mengandung teguran halus namun tegas kepada Qasim Amin. Qasidah yang berjudul Hijab ini bahkan mengajak seluruh wanita agar tidak sembrono dalam menerima gagasan Qasim yang jelas tidak benar. Malangnya penulis belum berani untuk menterjemahkannya kerana takut mengurangkan nilai-nilai kesusasteraan yang terkandung di dalamnya. Berikut adalah Qasidah berjudul Al-Hijab :

Qasidah ini di akhiri dengan bait, “sungguh Islam dilumuri penyakit yang pelbagai dan sesungguhnya pada Kitab Allah bagi penyakit-penyakit itu penawar!”

Sering diucapkan oleh para ulama bahkan Allah dan RasulNya sendiri tidak henti mengingatkan bahawa penawar yang paling berkesan adalah Al-Quran. Namun, kelihatannya kita belum pun menunjukkan minat untuk menerima Al-Quran sebagai sebuah karuniaan yang menjadi perantara Allah dengan kita. Apakah ada selain kitab Allah yang lebih baik?? Persoalannya mengapakah masih bukan kitab Allah yang menjadi rujukan kita.

Published by taqeyyabella

2 Responses to “Adakah Islam mesra wanita??”

  1. anasxz Says:

    golongan feminisme ni gunakan hujah yang boleh didangkal semula secara mudah dengan logik.

    hujah hak asasi manusia, orang yg bertudung jugak ada hak asasi. masing-masing kena hormat la.

    kemudian, hak asasi manusia untuk menganut dan mengamalkan agama. masing kena hormat la.

    tak yah la org tak pakai tudung nak pertikai orang yg pakai tudung dengan hujah logik cam tu.

  2. bahasha Says:

    senang je isu ni…tapi bg yg x dbri cahaya mmg kelam la kan..ni masalh priority je..hak mana ptt di dulu kan..yach udah tntu hak Allah dong….ape lah sgt hak pribadi dorg tu yg nk d prthn kan…las las msk kubo jgk…ssh ckp ngn org nk hidup kt dunia je….jgn bg dorg bkk tudung je..suruh bogel je trus, nak sgt tunjuk..tunjuk la sume…huh islam ni di rosak oleh org islam sendiri kan

Leave a Comment

adv3
Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • ME IN FACEBOOK

  • Sapaan Mesra

  • Archives