about

Posted on January 1st, 2007 in Uncategorized

TAQEYYABELLA

Tamhid

Maha suci Allah SWT yang telah menyempurnakan rahmatNya kepada sekalian alam, dengan fadhilahNya turunlah barakah, dengan taufiqNya tercapailah matlamat, dan dengan kasih sayangNya gugurlah segala kesalahan. Selawat dan salam dijunjungkan kepada pemimpin para nabi, penyuluh cahaya keimanan, yang telah menyampaikan dan melaksanakan tugasnya dengan sempurna, mengeluarkan umat manusia dari kegelapan ke zaman yang terang seperti sekarang ini.

Taqeyyabella adalah sebuah nama yang berasal dari perkataan bahasa arab yang berbunyi “attaqiyyubillahi” makna yang dimaksud adalah seorang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Taqwa adalah suatu hal yang sangat sering kita (umat islam) dengar. Hampir disetiap ceramah, khutbah, wasiat, nasihat, dan sebagainya selalu dikaitkan dengan taqwa. Memang tak dapat kita mungkiri taqwalah yang paling penting bagi kita manusia.

Sebuah riwayat menceritakan pada suatu hari Sayyidina Ali R.A. pergi ke kubur dan duduk di sana, setelah memberi salam kepada para ahli kubur lalu dia mula menceritakan kisah dari dunia, “Ketahuilah wahai para ahli kubur bahwa saat ini keluarga kalian tidak lagi kesedihan kerana kehilangan kalian, mereka sedang menjalani hidup mereka seperti mana dahulunya (sebelum kamu mati), isteri-isteri yang kalian tinggalkan telah pun berkahwin lagi, anak-anak kalian telah membahagikan harta peninggalan kalian, tidak ada yang berbeza keadaannya sebagaimana ketika kalian hidup.” Kemudian beliau melontarkan soalan “Bagaimana pula berita dari alam kubur?”. Beliau kemudian senyap seketika dan kemudian berkata lagi “Aku tahu kalian tidak dapat memberitahuku, namun aku tahu seandainya kalian dapat berkata-kata pasti kalian akan berkata, watazawwadu fainna khairazzadittaqwa.”

Inilah yang menjadi sebab mengapa blog ini bernama TAQEYYABELLA “bekalan sebuah perjalanan”.

Penulis ingin menjadikan blog ini sebuah “bank” tempat menyimpan bekalan-bekalan yang diperlukan untuk perjalanan yang panjang ini. Selain menerapkan falsafah arab yang berbunyi “al-’ilmu shoidun walkitabatu qayduhu, qayyid shuyudaka bil hibalil watsiqoh” yang bermaksud, “ilmu adalah haiwan buruan sedangkan tulisan adalah pengikatnya, ikatlah haiwan buruan dengan tali yang kuat”, penulis juga ingin ia bermanfaat untuk para pembaca dan kemudian untuk mendapat teguran, sokongan, gagasan, respon atau apa saja dari mereka sehingga dapat membantu mengumpul bekalan-bekalan yang berkualiti.

Taqeyyabella

Taqeyyabella mula berada di alam maya ini pada bulan September 2005 dengan menggunakan perangkat yang disediakan oleh friendster di alamat : http://nie_akupunya.blogs.friendster.com/my_blog/Â

Taqeyyabella kemudian berkembang dan ditawarkan untuk bernaung dibawah sebuah domain milik teman iaitu anasxz.net. Anasxz.net telah banyak menyumbang idea berkongsi maklumat yang telah turut banyak memajukan Taqeyyabella. Sehinggalah pada bulan Julai 2007 anasxz.net ditamatkan perkhidmatannya.

Sehubungan dengan berakhirnya masa khidmat anasxz.net. Taqeyyabella masih memerlukan rumah untuk bernaung. Setelah persetujuan yang dibuat dengan anasxz.net maka kami sepakat untuk berada di bawah satu bumbung iaitu naemy.net.

Naemy.net  kini menaungi tiga buah blog iaitu :

1. taqeyyabella.naemy.net

2. anasxz.naemy.net

3. assalamualaikum.naemy.net

Berikut adalah profile taqeyyabella :

ABDUL SHAHIID BIN SHAFRUDDIN

lahir di Leeds, United Kingdom pada 26 Mei 1985

Dibesarkan di :
No 17, Jalan 4/6 Seri Kembangan
43300 Selangor Darul Ehsan Malaysia

Kini menetap di:
No 17, Building no 7 entrence B
Swissryy Hayyu ‘Asyir
Nasr City Eqypt

Telpon :
0109881*** (vodafone egypt)

PENDIDIKAN
Mula mendapatkan pendidikan di Tadika Annur Serdang, dan meneruskan ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin Serdang yang pada tahun 1997 berpindah ke Bangi. Setelah menamatkan pendidikan tahap pertama (sekolah rendah) Allah SWT memberi peluang untuk merasakan bentuk pendidikan yang berbeza di tanah orang iaitu di Balai Pendidikan Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo. Pendidikan tahab kedua ini berlangsung selama 6 tahun dan Alhamdulillah pada 2003 telah lulus dan diberi amanah untuk mengajar di Sekolah tersebut selama setahun (2004) sambil meneruskan pelajaran di Institut Studi Islam Darussalam dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab. Pada Tahun 2005 sekali lagi Allah SWT membuka peluang untuk merasakan bentuk pendidikan yang berbeza dengan sebelumnya walaupun masih di bidang yang sama iaitu kulliyyah lughoh arabiyyah syu’bah al-’ammah di Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir.

KELUARGA
Dilahirkan di dalam keluarga yang harmoni, sehingga kini anggotanya masih lengkap alhamdulillah. Ayah seorang yang penyabar dan tabah, gigih mencari rezeki tapi tak lupa mendidik keluarga. Selalu mengajarkan prinsip hidup dengan menunjukkan prakteknya sebelum rumusannya. Selalu menunjukkan cara dan bagaimana berjuang tanpa perlu membahas dalilnya. Sosok seorang pendidik yang luar biasa. Mama merupakan seorang guru di sekolah dan guru besar dirumah, semangat yang tak pernah padam, sanggup menderita demi anak-anak bak lilin yang membakar diri, kekuatan rohaninya sumber inspirasi, kegigihan berbakti pembakar semangat diri, air matanya membentuk pribadi sejati. Adik berjumlah lapan orang, memiliki seorang abang dan kakak ipar.

Keluarga besar ini telah menerima anggota baru yang bernama Abdullah Attaqy yang merupakan cucu dan anak sedara sulung.

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Share