8 Perkara Anda Tidak Tahu Mengenai Diriku
Posted on April 20th, 2008 in Peribadi, Uncategorized
Aku dalam masa rehat. Pagi tadi dari pukul sembilan pagi sampai pukul dua belas tengah hari aku mengajar pelajaran Nahu secara non-stop. Fuh! memang penat. Nahu memang memeningkan apa lagi pelajaran Nahu untuk fakulti Lughah ini agak berat sedikit memandangkan tujuan pembelajarannya adalah untuk mengetahui perbezaan pendapat antara para ulama ilmu nahu dan aliran-alirannya. Rehat sebabnya sekejap lagi – pukul empat – kita akan sambung balik kelas sampai pukul enam. Perut lapar tapi malas nak masak sebabnya ikan (satu-satunya lauk yang ada) masih beku dalam peti sejuk. Tahan lapar makan nanti saja lepas habis kelas.
Dalam kepenatan fizikal ini saudara anas pula men-tag diriku. Haha.. Bagus juga, paling tidak sedikit memberikan rehat kepada minda yang letih ini di tengah-tengah suasana peperiksaan yang membahang.
Tugasnya adalah menyatakan 8 perkara yang mungkin kawan-kawan tidak tahu mengenai diri ini.
Apa agaknya ye!
Hemm.. Pikir punya pikir aku pilih untuk meletakkan hal-hal berikut :
1. Aku memiliki sebuah asisten, dia tidaklah begitu cantik seperti asisten-asisten elit lain milik teman-temanku, tetapi dia cukup untuk membantu aku melakukan pelbagai tugas dan hobi yang aku sukai. Asisten aku ini dicipta oleh sebuah syarikat terkemuka iaitu DELL. Jenisnya INSPIRON 640m. Sejak asistenku ini hadir di dalam kehidupanku, aku selalu bergantung kepadanya. Hampir sebahagian besar urusanku menyangkut dirinya. Banyak waktu aku luangkan bersama dia. Namun asisten aku ini tidak selamanya membantu diriku. Hakikat yang perlu aku percayai bahawa dia tidak dapat menjadi asistenku dalam mengulang pelajaran bagi membantuku menghadapi ujian yang bakal menjelang tidak lama lagi. Hal ini membuatkan aku perlu tegar dan kuat untuk berpisah dengan dia. Aku perlu menggantikan buku-buku silabusku sebagai asisten-asisten baru ketika ini. Jadi, mohon kawan-kawan doakan agar aku mampu untuk mengurangkan hubungan fizikal ^_^ dengan asistenku ini dan melebihkan masa untuk berasmara dana dengan asisten-asisten baruku.
p/s : asisten-asisten baru pakailah make-up biar lebih menarik.. huhu..
2. Perkara kedua mengenai aku. Aku sekarang ini sedang bertungkus lumus menguasai 9 mata pelajaran yang akan diujikan beberapa minggu saja lagi. Mata pelajaran itu adalah : 1. Nahu 2. Balaghah 3. Saraf 4. Fiqih (tentang keadaan syaksiah setiap muslim) 5. Hadis (tentang hadiah, wasiat dan pemberian-hibah-) 6. English 7. Naqdul Adab (mata pelajaran yang membincangkan naqd atau penilaian terhadap sebuah hasil karya sastra) 8. Adab Muqaran (ilmu yang mempelajari perbandingan Kesusastraan berbeza antar kaum yang berbeza. Istilah qarana ini dikhususkan bagi perbandingan dua kaum yang berbeza bahasa maka tidak termasuk di dalam pelajaran ini perbandingan antara kesusastraan dua kelompok atau masyarakat yang masih menggunakan satu bahasa.) dan terakhir sekali. 9. Al-Quran (juz 1-6).
p/s : tolong doakan saya eh.. Hidup mati ni urusannya..
3. Ketiga, ingin aku nyatakan disini bahawa pada bulan 5 yang akan menjelang aku akan sekali lagi ditinggalkan oleh rekan sebilikku. Secara fiziknya memang kami sudah lama berpisah kerana dia kini berada di Qatar sedang aku berada di Mesir, hanya saja dia akan meninggalkanku di alam bujang dan dia akan melangkah ke alam baru. Alam rumah tangga. Dia merupakan rekan sebilik ketika kami bertugas sebagai Guru di Pondok Modern Darussalam Gontor tepatnya di Langguage Advisory Council. Bahagia diri ini tidak terhingga kerana dia akan menjadi keluarga bagi sahabat sekelasku di sekolah rendah. Keluarga calon isterinya juga lumayan sangat dekat dengan keluargaku. Siapa yang pernah menyangka hal ini akan terjadi. Apa pun berlaku aku doakan semoga kedua sahabatku ini dapat melangkah dengan mantap diiringi rahmat dan barakah dari Allah SWT.
p/s : Entah berapa banyak yang salah faham pada pernikahan rekan sebilik baru ni. Mereka siap kirim ucapan tahniah dan doa, padahal yang menikah bukan aku. Hai.. apalah nasibku.. yang mendoakan aku agar menikah sudah ramai.. Hemm…
4. Mengenai diri ini lagi, aku sesungguhnya merupakan seorang yang begitu PEMALU. Hahaha.. betul ke haa bende ni. Emm tak tau la..
p/s : aku masih ingin terjun ke dalam lautan malu.. Usaha itu tidak mudah ternyata. Malu yang dapat menahan diri dari berbuat dosa. So walaupun aku rasa diriku ini pemalu sebenarnya tidak lagi buktinya aku masih sering melakukan dosa! Sama-samalah kita terokai erti dan hakikat malu ye..
5. Disebabkan 6 tahun kebelakangan ini aku sering dilibatkan denga permasalah bahasa maka akhir-akhir ini aku menjadi sedikit lebih sensitif terhadap bahasa. Hal ini aku sedari ketika menyentuh majalah lawak seperti ujang yang sekian lama tidak disentuh. Entah mengapa diri agar sukar menerima bahasa-bahasa slanga yang digunakan di dalam komik tersebut. Keadaan ini diteguhkan lagi dengan gagalnya diri untuk menerima ucapan-ucapan yang kasar dan kesat dari teman-teman yang selama ini sebenarnya biasa bermain ditelinga. Maka, jika ada sesiapa yang terkena teguran oleh diri ini paham-paham sajalah ya.
p/s : Budi bahasa budaya kita!
6. Kawan-kawan lama pasti akan terkejut jika aku menyatakan bahawa aku sudah sangat jarang bersukan. Aku masih ingat bagaimana pada setiap petang aku menangis menuntut hakku untuk bermain bola bersama kawan-kawan di padang berdekatan dengan rumah. Ibuku yang juga cikguku sangat garang dan tidak mahu mengizinkan kami bermain jika tugas rumah tidak diselesaikan. Hasil dari latihan setiap petang aku terpilih mewakili sekolah dan mewakili tim bola perumahan kami. Banyak pertandingan yang aku sertai dan tidak sedikit yang mengharumkan membawa nama baik kami. Di sekolah menengah aku mengubah hobi. Dari bola sepak ke bola keranjang. Minatku pada bola sepak terkubur dan hadir penggantinya bola keranjang. Setelah beberapa bulan menyertai Kelab Bola Keranjang ‘Exotic and Professor’ aku dipilih menjadi wakil kelab dalam pertandingan tahunan. Namun, kesemua minat dan hobi ini terkubur sejak aku tiba di Mesir. Bahkan aku sangat tidak lalu jika dihidangkan permainan bola. Hilang selera sama sekali. Pelik. Aku juga tidak habis fikir dengan perubahan ini. Jadi, janganlah hairan tubuh ini jadi begini.. Hihihi..
p/s : Aku perlu bersukan.. Kawan-kawan bila kita nak main bola keranjang ramai-ramai.. Cadangan dah dilontarkan berbulan-bulan tapi sampai sekarang tak jadi-jadi.. adei.. Lepas exam ok tak?
Dua perkara lagi yang kalian tidak tahu tentang diriku. Nak cerita apa lagi ya?
7. Oh ya.. Aku bercadang untuk pergi ke United Kingdom pada cuti yang akan datang ini. Tentunya aku sangat ini mencari pengalaman mengajar di sana. Kalau tidak pun menjadi tukang cuci masjid pun sudah sangat menggembirakan bagiku. Tercapai tak ye agaknya..
p/s : Banyak berjalan luas pandangan, tajam pemikiran, meningkat tahap kesyukuran!
8. Akhir-akhir ini aku semakin tertekan dengan diri aku sendiri. Tertekan dengan kelemahan dan kedhaifan diri. Orang kata mereka termotivasi dengan ucapan aku dan tulisan aku. Peliknya mengapa aku tidak sedikit pun termotivasi dengannya. Apalah yang membuatkan aku begitu malas dan lemah! Kenapalah aku teruk sangat akhir-akhir ini? Jauh dengan Tuhan kot?
p/s : Mohon doa kawan-kawan semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan apalagi di saat-saat genting seperti ini.
Inilah 8 perkara yang aku rasa kalian tidak tahu mengenai diri aku. So aku juga ini meminta beberapa orang yang aku baru saja berkenalan melalui alam maya ini untuk melaksanakan tugas ini. Mohon dengan segala hormat untuk menunaikannya jika berkeluangan. Mereka adalah :
1. Raudhah Iman [sambil menunggu hari yang bakal menjelma tu sempatlah kot buat tugas ni.. hehe]
2. NahwanNur [ rehatkan keletihan minda menyelesaikan tugas tu dengan buatkan benda ni.. OK!]
3. Maryam Abu Ahmad [ cuti eh.. Tiap hari update.. boleh le buat tugas ni.. kan.. kan..]
4. Masyitah Razali [ balik kerja tu sebelum tido bolehlah buat tugas ni eh! hehe.. ]
Cukuplah empat orang ni. Saya tahu kawan-kawan semuanya sibuk tapi empat orang ni walaupun mereka sibuk tapi diorang ni rajin je.. hehe.. Sape-sape yang nak buat tag ni pun boleh je..

Leave a Comment