Mohon Perlindungan Allah
Posted on August 6th, 2009 in Agama
Ketika kita kerisauan dengan tersebarnya secara meluas virus H1N1 di Malaysia, turut ikut tersebar bersama beberapa doa yang tidak diketahui asal usul doa tersebut. Pada hakikatnya Allah SWT memahami setiap yang kita bacakan dan kita lafazkan dalam segala bentuk entah itu berupa bisikkan hati atau ucapan dalam bahasa apa sekali pun Allah Maha mengetahui. Maka sebenarnya dalam meminta perlindungan kepada Allah SWT kita boleh mengucapkannya dengan penuh keyakinan menggunakan ayat dan bahasa kita sendiri. Namun bagi yang ingin mengamalkan doa yang masyhur maka sebaik-baik doa adalah doa yang diamalkan Rasulullah SAW.
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم“ما من عبد يقول في صباح كل يوم و مساء كل ليلة : بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض و لا في السماء و هو السميع العليم ثلاث مرات لم يضره شيء”
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada dari hamba yang mengatakan pada pagi setiap hari dan petang setiap malam “Dengan nama Allah yang tidak akan mudharat dengan namaNya sesuatu di bumi dan tidak juga (mudharat dengan namanya sesuatu) di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” tiga kali, melainkan dia tidak akan dimudharatkan oleh apa pun”
Kerana tulisan diatas tiada baris maka cara bacanya adalah sebagai berikut,”Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim”
Hadis ini telah dikeluarkan Bukhari dalam Adab Mufrad, Abu Daud (4-323), At-Tirmizi (5-465), Inu Majah (2-332) Ramai ulama yang meletakkan martabat hadis ini sebagai Hasan.
Bacalah zikir ini seberapa banyak yang kita mahukan dengan penuh harap dan yakin akan perlindungan Allah SWT dari segala mudharat.

August 10th, 2009 at 4:11 am
Ana dengar org kat mesia kena pakai mask la kalau nak keluar pi mana-mana.
kat sini taktau lah, kita macam tak dak apa2. org di mesia cukup jaga, tangan kena selalu basuh, jauh dari tempat sesak dsb.
Tapi, itu protection yg kita dpt dari sains, tp doa pun kena jugak.
Gabung2 kedua, jadilah ibadah.