Posted on August 22nd, 2009 in Agama, Motivasi
Tamak selalu diletakkan di dalam keadaan yang keji. Biasanya bila kita menyebut kata-kata tamak kita akan membayangkan betapa pentingkan diri orang yang dikatakan tamak itu. Betapa bersungguhnya orang tamak itu untuk meraih apa yang diingininya untuk dirinya sendiri. Selagi boleh dia kaut selagi itu dia tidak akan berhenti. Itulah presepsi yang ada di minda kita [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on August 15th, 2009 in Motivasi, Sikap
Curiga-mencurigai adalah suatu yang tidak baik. Apalagi kalau curiga yang mendorong kepada hasad dan dengki. Namun setelah kita menteliti dari beberapa peristiwa yang sering kita dengar dari sejarah akan perihal para sahabat Rasulullah SAW, kita menemukan bahawa mereka ternyata sangat suka bercuriga. Bezanya antara kita hari ini, curiga kita lebih kepada hal-hal yang tak patut [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on August 12th, 2009 in Motivasi, Sikap
Mungkin tajuk tulisan ini agak provokatif. Pasti yang membaca tertanya-tanya ‘vs’ seperti apakah yang ingin dibahas. Tulisan ini bukan untuk memenangkan mana-mana pihak atau mengalahkan pihak lainnya. Tulisan ini hanyalah menjadi coretan yang sesuai dibaca oleh mereka yang ingin membuat pilihan antara meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Mesir atau di Madinah.
Topik ini menjadi pilihan kerana [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on August 6th, 2009 in Agama
Ketika kita kerisauan dengan tersebarnya secara meluas virus H1N1 di Malaysia, turut ikut tersebar bersama beberapa doa yang tidak diketahui asal usul doa tersebut. Pada hakikatnya Allah SWT memahami setiap yang kita bacakan dan kita lafazkan dalam segala bentuk entah itu berupa bisikkan hati atau ucapan dalam bahasa apa sekali pun Allah Maha mengetahui. Maka [...]
Published by taqeyyabella //
Aku tidak berminat sebenarnya untuk menulis tentang hal ini. Namun, ingin juga berkongsi buah fikiran yang ada memandangkan beberapa soalan yang telah ditujukan kepadaku. Agak sedih bila terdengar suara adik-adik yang tidak faham.
Bagi pihak UMNO, kerajaan dan yang mempunyai kepentingan, mereka pasti mengatakan bahawa GMI adalah suatu yang mengarut. Bahkan tidak salah jika ada yang [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on August 5th, 2009 in Motivasi
Jika kita menghadapi musibah maka kita perlu memperhatikan beberapa hal. Pertama, perlu kita ingat bahawa pahala sabar adalah ketika saat pertama musibah itu mengenai kita. Rasulullah SAW pernah melihat seorang wanita menangis lalu ditegur, “Wahai hamba Allah, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah..” Wanita itu kemudian meminta Rasulullah menjauh sambil berkata bahawa Baginda tidak pun menerima [...]
Published by taqeyyabella //
Pada 21/7/2009 saya menerima satu komen dari pembaca blog ini bernama telaga. Beliau menulis begini, “kebetulan sedang lemah semangat. Alhamdulillah,terbaca entri ni.. Sangat menggugah semangat. Ana calon pelajar Lughah di Mesir. Pernah seorang berkata, “kos Lughah, apa sumbangannya untuk islam!?” Kalau boleh tulislah tentang penerangan pembelajaran kos lughah di mesir. Terima kasih banyak.”
Saya memang bercadang [...]
Published by taqeyyabella //
Posted on August 2nd, 2009 in Nidaurrahman
“Wahai orang yang beriman janganlah kamu mengatakan ‘ra’ina’ tetapi katakanlah ‘unzurna’ dan dengarkanlah, dan bagi mereka yang kafir azab yang pedih.” Al-Baqarah 104
Di dalam sebuah buku berjudul Nidaaturrahman (Seruan-seruan Ar-Rahman), ayat di atas diletakkan pada urutan yang pertama. Ia merupakan sebuah perintah Allah SWT yang dikhususkan kepada mereka yang mengakui diri mereka sebagai golongan beriman.
Dikisahkan [...]
Published by taqeyyabella //