Islam merupakan sebuah agama yang mengamalkan toleransi. Toleransi atau dalam bahasa Arab kita istilahkan tasamuh memberikan manusia kelonggaran untuk menentukan keputusan sebagai manusia. Manusia diberi peluang untuk memilih dan membuat keputusan. Demi menghormati kebebasan manusia membuat keputusan itu maka Islam mengamalkan toleransi.
Sebagai seorang muslim kita mengiktiraf bahawa agama yang sah di sisi Allah hanyalah Islam. [...]






