Banyak kerja yang masih tertangguh dan tidak terselesaikan. Fikiran tidaklah serabut cuma tak tahulah mengapa. Sudah begitu banyak waktu lebihan yang terpaksa diambil. Ntahlah berapa lama lagi yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja ini.
Kerja yang dimaksud adalah penulisan novel yang diharapkan dapat diterbitkan oleh syarikat PTS. Novel ini sangat perlu segera diselesaikan kerana beberapa hal, pertama, [...]
“Akhirnya engkau pergi juga.” Desis hatiku saat menerima sms “Tok Papa dah x de” sekitar pukul 12.56 am 10/2/2008 yang dikirim oleh ibunda. Sms itu baru ku baca pada waktu subuh,setelah menunaikan solat subuh aku segera membaca surah yasin.
Kami memanggil beliau dengan gelaran ‘Tok Papa’ kerana ibunda memanggil beliau ‘Papa’. Hari sebelumnya aku telah menerima [...]
Siwa memberikan kesan yang luar biasa kepada aku. Kehidupan dan suasana mereka memang agak sedikit berbeza. Bukan sedikit malah banyak perbezaannya. Kami serba salah sama ada harus segera meninggalkan Siwa seperti yang dijadwalkan atau membuat jadwal baru.
Â
Sinaran mentari yang cerah memberi semangat yang tinggi kepada kami untuk memulakan penjelajahan mencabar ini. Penjalajahan yang diketuai oleh Shafruddin Shuib dianggotai oleh tiga orang iaitu saya sendiri Abdul Shahiid Shafruddin, Syed Fuad Syed Othman dan Muhammad Ali Gadhafy Tunggul Wahidin.






