Perasaan apakah yang lebih indah dibandingkan melihat seseorang bahagia. Apalagi jika seseorang itu merupakan orang yang istimewa buat kita. Tentunya kita akan turut bangga, gembira dan suka bersama.
“Tengoklah sape ayahnye..” Sang ayah berbangga.
“Eh.. Ni semua kalau bukan mak yang selalu marah kamu tak dapeknye kamu..” Kata sang ibu tidak mahu kalah.
“Eh, awak nak tau tak [...]
Alhamdulillah akhirnya selesai sudah hari-hari penuh lelah. Sembilan matapelajaran telah pun selesai diujikan. Hasilnya?… Hasilnya memang sesuai dengan usaha. Seperti mana yang sering dipesankan orang tua-tua “sebesar keinsafanmu sebesar itu jugalah keuntunganmu.”
Selalu timbul rasa tak puas hati bila suatu perkara itu telah berlalu. “Aku boleh buat lebih baik dari ni..” bisik hati kecil menghibur.
Poso telah mencatatkan sebuah sejarah yang parah akhir-akhir ini. Mungkin umat Islam ramai yang tidak tahu akan hal yang terjadi dibelahan dunia ini. Kecanggihan teknologi zaman ini ternyata tidaklah menjadi penyalur maklumat yang baik di mana ianya hanya akan menjadi sebuah alat manipulasi, hanya yang dominan saya punya suara, hanya yang berkuasa berhak berkata-kata dan [...]






