1st Edition Elusidasi
Posted on November 25th, 2008 in Uncategorized

Alhamdulillah berkat rahmat dan inayah Allah, kelompok studi yang kami usahakan berjaya melahirkan majalah pertamanya. Majalah tersebut diberi nama ELUSIDASI. Sebuah majalah yang memuatkan beberapa kolum yang ditulis oleh beberapa orang kolumnis. Setakat ini 3 orang kolumnis dari pengajian bukan sains dan 2 orang kolumnis dari pengajian sains. Kami sedang berusaha mengajak seorang lagi kolumnis berbangsa Mesir untuk menyumbang di majalah kami.
Apa yang menarik di ELUSIDASI?
Mungkin tiada yang sangat menarik. Cuma kami berusaha untuk menjadikan majalah ini sebagai ladang kami bercucuk tanam, bukan untuk meraih buah sebagai hasil, tapi untuk mengenal keadaan tanah yang mana yang subur. Kami jadikan majalah ini motivasi kepada para kolumnis untuk sentiasa berusaha meningkatkan bacaan, kajian dan perkongsian.
Harapan kami, dengan hadirnya majalah yang begitu sederhana ini dapat mengajak mereka yang berada disekeliling kami untuk menjadi golongan yang sedikit peka dan membudayakan ilmu.
Edisi yang pertama ini memang saat daif dan belum mencapai tahap cemerlang yang kami inginkan. Tapi, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan potensi majalah ini yang tentunya akan memberi kesan kepada peningkatan diri kami sendiri.
Jika ada merupakan warga Malaysia di Mesir kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda samaada sebagai pembaca majalah ini atau menjadi salah satu kolumnis bersama-sama kami. Bagi mereka yang ingin mendapatkannya sila tinggalkan pesan di shoutbox dan cara untuk menghubungi anda. Jika tempat anda di dalam jangkauan kami maka akan kami pastikan ELUSIDASI sampai ke tangan anda.
Semoga usaha ini diredhai Allah dan menjadi penambah sedikit berat di atas timbangan kebaikan kami kelak. Ilallahi arju wa asalu, faman ghairuka yu’ti wa yujibu..



November 27th, 2008 at 6:06 am
Assalamualaikum.
Wah, inilah apa yang saya impikan. Majalah keluaran Mahasiswa Mesir yang jauh dari pelbagai keterikatan. Kiranya sebuah majalah yang independent lah.
Memang saya untuk memiliki sebuah majalah ni. Boleh dibawa ketika Program Keusahawanan di CICC, Cairo nanti. As you can see that i’m living in New Damietta City, so that is my only chance.
Hantar maklumbalas diemel saya dan saya akan bagikan nombor telefon saya. Biar mudah nanti untuk berhubung. Jangan lupa untuk tinggalkan your phone number sekali.
p/s: Baru jumpa blog ni semalam. Tiba-tiba ada pula iklan tentang majalah ni. Teruja sangat ni.
November 27th, 2008 at 6:07 am
Memang saya berminat* untuk memiliki sebuah majalah ni.
November 29th, 2008 at 9:10 am
InsyaAllah kalau masih ada dapat la nanti tu. Setakat ni dah lebih seratus laku dipasaran. Agak diluar jangkaan.