Jun 18
Nidaur Rahman
Nidaur Rahman atau seruan Rahman. Ar-Rahman sentiasa menyeru hamba-hamba yang dikasihi. Menyeru dengan bisikan nurani. Menyeru dengan peristiwa. Menyeru dengan petanda. Malah yang paling zahir Ar-Rahman menyeru dengan kata-kata.
Seruan berupa kata-kata Allah jelas termaktub di dalam Al-Quran yang wujudnya akan kekal sehingga hujung usia bumi. Adalah suatu yang wajar untuk menjawap atau paling tidak memberi perhatian ketika nama kita diseru.
Seandainya kita merupakn seorang Doktor dan kita sedang duduk semeja dengan beberapa orang teman yang bukan sejawat dengan kita, kemudian hadir seseorang dan menyeru, “Wahai Doktor” tentu kita akan memberi perhatian kepada dia yang menyeru itu. Hanya aku yang bergelar doktor di meja ini maka aku harus memberi perhatian kepadanya. Ada kesedaran dan perasaan kepemilikian. Bahkan kita akan merasa seakan-akan kita mengkhianati diri dan mengkhianati gelar kita jika kita bersikap tidak acuh atas seruan itu. Seandainya gelaran yang kita sandang itu besar nilainya disisi status masyarakat, maka sikap kita perlulah setaraf dengan ketinggian nilai gelaran kita itu. Perdana Menteri sebagai contoh. Ia merupakan gelar yang hanya disandang oleh satu orang sahaja di sesebuah negara. Seandainya dia yang menyandang gelar sebesar itu dan tidak mengendahkan ketika ada yang menyerunya dengan gelaran itu, maka dia sendiri telah membuat sebuah penafian terhadap dirinya dan terhadap gelarannya. Read more
1 commentJun 15
Disebalik Bahasa : Fiqh Lughah
Fiqh lughah adalah sebuah mata pelajaran yang skop kajiannya adalah apa-apa yang ada disebalik bahasa. Mungkin agak pelik bunyinya akan tetapi inilah ketelitian dan kesungguhan yang tunjukkan oleh para ilmuan islam suatu ketika dulu.
Bahasa Arab merupakan sebuah bahasa dari keluarga besar Bahasa Samiah. Sam adalah anak kepada Nabi Nuh AS. Ia berkembang seiring dengan perubahan zaman. Ketika zaman kerasulan terakhir mula mendekat, masyarakat Arab adalah masyarakat yang bahasa merupakan harta kebanggaan mereka. Tidak ada yang tidak disibukkan dengan bahasa. Setiap individu dan kelompok bersungguh-sungguh meningkatkan kemampuan bahasa masing-masing demi meraih hormat, penghormatan dan tempat di dalam masyarakat. Harta-benda, waktu dan peluang diperuntukkan dengan sewenang-wenangnya demi mempertajam pedang kefasihan.
Dalam keadaan persaingan berbahasa yang sangat sengit, hadirlah sang Rasul utusan yang kepakaran bahasanya melebihi semua yang ada - dan mendapatkan pendidikan khusus dari tangan yang Maha Pencipta-. Read more
1 commentJun 15
Mushblue
This Mushblue is a very simple wordpress theme. Its very ordinary too. I think it will suite me because i realized that my writing is always long and i dont like to put pictures in it. Some people may put my writing or blog in theĀ heavy writing category. But somehow i just feel that this new look might be suitble to this heavy writings blog. One more thing, i really like this colour.
At first i tried to install this Valeno. I did well but for some reason it can not appear as it should. There are something wrong about the CSS i guess. But luckyly i got this cute header with computer image in it. So i did a little modification and mix it up with the original header for the Mushblue theme. Thanks to Valeno and Mushblue..

May 23
Adakah Islam mesra wanita??
Soalan umpama tajuk di atas sering dilaungkan oleh golongan yang kononnya memperjuangkan hak wanita, hak persamaan gender dan paling terkini golongan liberal dalam beragama. Persoalan sebegini tidaklah baru, bahkan di dalam Al-Quran telah diceritakan bagaimana sikap manusia yang memang tidak ingin taat akan perintah Allah membuat seribu satu persoalan yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melarikan diri dari menjalankan perintah Allah. Bani Israel sebagai contoh yang telah diperintahkan untuk mengorbankan lembu serulang kali mempertanyakan ciri-ciri lembu dari usia, warna dan bahkan peran. Sehingga akhirnya persoalan mereka itu malah menjadikan mereka susah mendapatkan lembu tersebut. Padahal pada mulanya Allah memberikan perintah yang umum dan sangat mudah. Mereka ini mempertanyakan ciri-ciri lembu bukan agar dapat melaksanakan perintah dengan sempurna akan tetapi memang untuk mengelak dari melaksanakan perintah tersebut.
Pada abad ke 21 ini, golongan seumpama ini masih terus wujud. Kononnya mereka menggunakan pendekatan ilmiah untuk berhujah dalam beragama. Malangnya, hujah-hujah mereka itu semakin mempertunjukkan ketidakfahaman mereka terhadap Islam itu sendiri. Read more
2 commentsMay 18
Tidur : Kematian Kecil, Kematian : Kiamat Kecil
Allah SWT sebelum menyatakan akan Dirinya yang merupakan penguasa pada hari pembalasan menyatakan bahawa Dialah Rahman (zat yang paling rahmat) dan Rahim (sentiasa menyifati dan bertindak dengan rahmat). Rahmat memberi manusia harapan untuk terus berusaha tanpa takut untuk terjebak di dalam kesilapan. Kesilapan akan sentiasa dapat diperbaiki dan diganti dengan kebaikan kerana rahmat Allah yang Maha besar. Namun, Allah SWT yang mengenali hamba-hambaNya melebihi sesiapa mengetahui bahawa bagi manusia harapan sahaja tidak cukup. Jika harapan sahaja yang disampaikan kepada manusia akan menimbulkan sikap meremehkan dan mengambil mudah akan perkara tersebut. Maka, Allah SWT tidak membiarkan manusia leka terhanyut dalam harapan sahaja tetapi Allah SWT menjaga manusia dengan sesuatu yang berbentuk ancaman.
Itulah sebabnya kita dapat melihat bagaimana setelah Allah SWT memberikan harapan kepada manusia dengan rahmatNya. Allah SWT beri pula ancaman dengan hari pembalasan. Manusia yang memikirkan hal ini berusaha gigih mengejar harapan dan pada masa yang sama gigih mengelak dari terjerumus dalam ancaman. Kegigihan manusia ketika ini berlipat ganda. Manusia menjadi lebih serius dan peka. Lengah dan bertangguh-tangguh bukan lagi menjadi amalan manusia. Bagaimana mungkin untuk berlengah dan bertangguh-tangguh sedang dibelakangnya ancaman mengejar dan didepannya harapan menunggu. Allah SWT berfirman :
āKabarkanlah kepada hamba-hambaku bahawa sesungguhnya Akulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan bahawa sesungguhnya azabKu adalah azab yang sangat pedih.ā [Al-Hijr : 49] Read more
May 10
My Mum Is Amazing..

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Donāt you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel
Then she makes something warm for me to drink
Cos itās cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing
BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when sheās with me
thereās no where else, Iād rather beā¦
After School, sheās waiting by the gate
Iām so happy that I just canāt wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes
Then I wind her up cos I donāt wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing
BRIDGE/CHORUS
In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess
Iām so happy, I donāt want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom thatās so amazing
BRIDGE/CHORUS
Then I wake up in the morning, sheās not there
And I realize she never was
And Iām still here in this lonely orphanage
With so many just like me
And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But thereās a pain in my heart thatās a craving
How I wish I had a Mom thatās amazing
Would be amazing
May 6
Bahasa Arab Bagai Harta Mewah Kehilangan Tuan
“Aku bingung melihat kamu. Kenapa kamu mahu mengambil jurusan Bahasa Arab dan tidak mengambil jurusan pengajian Islam yang lain?” Sarah seorang gadis Mesir melontarkan soalan kepadaku.
Soalan sebegini bukanlah asing bagiku selaku seorang pelajar Fakulti Bahasa Arab. Bahkan, aku sendiri sering mempertanyakan hal yang sama kepada diriku. Ada apa dengan Bahasa Arab sehingga aku berani menceburinya? Ketika aku mengisi borang permohonan universiti aku adalah orang yang belum mengenal sikap positif begin with the end in mind. Jadi aku bukanlah orang yang berfikir, aku akan jadi apa setelah lulus dari fakulti ini. Maka, adalah rumit untuk aku jawap pertanyaan yang bermula dari mengapa mengenai hal kuliah ini.
Seperti kata Sarah, fakulti yang aku tempati hingga hari ini tidak terlalu banyak memberi perhatian kepada matapelajaran Islam. Kami hanya mempelajari tafsir, hadis dan fiqih dalam 2 semester dari 8 semester yang perlu kami tempuh selama empat tahun. Atau dengan kata lain kami hanya mengambil 6 kertas peperiksaan matapelajaran agama dari 48 matapelajaran secara keseluruhan selama empat tahun. Jumlah yang sangat sedikit. Read more
2 commentsApr 27
Kesusasteraan Islam
Adab Islamiy (Kesusasteraan Islam) belum menjadi istilah yang mengalir dikalangan para sasterawan Arab pada zaman-zaman dahulu. Para pengkritik juga tidak menggunakan istilah ini dalam penilaian mereka terhadap suatu karya. Hal ini adalah kerana beberapa perkara. Antara perkara yang paling utama adalah istilah ini tidak menjadi keperluan pada zaman-zaman dahulu.
Bahasa Arab dan bangsa arab tidak dapat dipisahkan dari Islam. Bangsa Arab dan bahasanya adalah diantara bangsa dan bahasa yang paling lama dan masih kekal setelah banjir besar (taufan) yang berlaku pada zaman Nabi Nuh AS. Ia merupakan bahasa dan bangsa yang paling tua dalam sejarah manusia walaupun bukan yang paling popular dan paling gemilang. Ketuaan bahasa dan bangsa Arab ini membuatkan ramai yang keliru dan menganggap ia merupakan satu bangsa dan bahasa yang baru lahir ketika bermulanya sejarah Muhammad SAW Rasulullah di Mekah.
Kajian telah menemukan betapa bahasa Arab dan bangsanya telah ada begitu lama walau tidak banyak yang sampai kepada kita pada hari ini. Menyikapi hal ini, para ilmuan membahagikan tahapan bahasa Arab kepada dua, iaitu Arab Al-Baidah dan Arab Al-Baqiyah. Arab Al-Baidah tidak meninggalkan apa-apa warisan kepada kita melainkan apa yang telah dikisahkan Al-Quran. Ada peninggalan prasasti berupa pahatan namun sangat sedikit. Kaum yang paling popular dalam tahap ini adalah ‘Ad, Tsamud dan ‘Amaliqah. Read more
3 comments